2,800 Ahli Pas Sertai UMNO Termasuk Saudara Nik Aziz
Aku sebagai sedara nik aziz mengumumkan yang aku keluar pas dan masuk umno. Kaitan aku dengan nik aziz ialah bapa dia punya bapa punya bapa punya bapa punya bapa dan punya bapa pernah bersepupu jauh dengan moyang aku yang ke lapanbelas! Best tak? Kini sesiapa pun boleh mengaku mereka sedara nik aziz dan dengan bangga mengatakan dia keluar pas dan masuk umno.
Punyalah tak logik! Kenapa mesti masuk umno ketika najib berada di kelantan? Kenapa mesti sekarang sedangkan pas berkerjasama dengan dap sebelum tahun 2008 lagi? Kenapa mesti di ungkit hal calon wanita sedangkan sudah bertahun2 lama nya pas membuka pintu kepada kaum wanita? Tolonglah.. bukan semua rakyat malaysia bodoh. Haizhh.. kecewa betul lah. Kenapa lah pemimpin fikir kita neh bengap sangat. Baca bawah ;
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) setelah 2,800 ahli Pas menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh.Beliau berkata penyertaan mereka membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pas semakin berkurangan.Katanya keyakinan itu juga bersandarkan seramai lebih 20,000 rakyat hadir pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, di sini.“Seramai 2,800 ahli tinggalkan Pas dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada Pas,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu, hari ini.Bekas anggota Pas berkenaan turut hadir pada majlis itu.Najib berkata antara ahli-ahli Pas yang menyertai UMNO itu ialah saudara kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu, Raja Abdullah Raja Mahmud.Ketika ditemui pemberita Raja Abdullah, 57, berkata beliau sudah serik ditipu kepimpinan Pas kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.“Kalau dahulu, Pas kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini Pas membenarkannya demi perjuangan Islam,” kata bapa kepada 11 orang anak itu.“Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang Pas panggil ‘kafir’ itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP,” kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO-Barisan Nasional kerana menyokong Pas sepenuh hati sebelum ini.
Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am Pas itu, Raja Abdullah berkata : “Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga.”
Sozcyili : dia itu pandang rendah pada kebijaksanaan akal rakyat.
Tiada ulasan
Catat Ulasan