Arahan baru kastam - kenapa selepas isu cincin heboh?
Berikut di atas ialah arahan terbaru dari kastam yang dikeluarkan pada 14julai. Sebelum neh kita tidak pasti bagaimanakah prosuder berkenaan arahan di atas berlaku. Hanya kakitangan kastam je yang lebih tahu urusan kerja mereka. Mungkin ada di antara mereka boleh berikan serba sedikit ulasan berkaitan perkara neh. Susah juga nak buat telahan samada ia memang ada kaitan ataupun tidak dengan isu cincin yang dibawa masuk atas nama pameran.
Berkenaan cincin pula, menurut satu sumber yang dipercayai, memang ia telah pulang kembali kepada pemilik asal iaitu syarikat jacob dan co. Dia mendapat maklumat itu selepas berhubung dengan rakan wartawan dari luar negara. Terpulang kepada pendapat masing2 samada mahu terima ataupun tidak teori neh. Teori neh sama seperti teori kastam yang mengesahkan bahawa cincin tersebut telah dihantar pulang.
Dalam masa yang sama, sumber tersebut juga memberitahu bahawa memang rosmah salah seorang pelanggan jacob and co. Namun dia tak pasti apakah barangan yang rosmah beli secara spesifik. Syarikat jacob and co cuma mengesahkan bahawa rosmah memang antara pelanggan mereka. Adakah gelang yang dia pakai itu ialah benar2 dari jacob and co? Pelik juga ye.. kepada siapa agaknya cincin itu dipamerkan?
Andai benar lah cincin itu telah pulang dan diyakini bukan milik rosmah, kita sudah boleh berhenti mengatakan rosmah memiliki cincin tersebut. Tetapi mungkin kah cincin tersebut di bawa masuk bagi menunjukkan kepada rosmah mansur samada dia berminat untuk membeli ataupun tidak? Memandangkan harga nya yang mahal melampau.. mungkin lah kot rosmah menolak untuk membelinya? Andai benar.. memang bagus. Rosmah mansur patut beli barangan buatan malaysia je. Habib jewels kan ada.
Sozcyili : Selain cincin..ada barang lain tak???
Tiada ulasan
Catat Ulasan