Artis, buat apa di kelab tue?
Wartawan yang menulis neh bernama joyah. Tatau lah aku kalau dia neh adik beradik dengan joyah sport ke apa ke tapi yang penting nama gelaran dia joyah. Sekarang kita lihat apa yang dia tulis kat atas neh ;
1. Artis pergi kelab bogel di thailand.
2. Ada orang nampak.
3. Orang yang nampak ialah rakan2 joyah.
4. Rakan2 joyah neh amatlah bertauliah dari segi kejujuran nya.
5. Dan joyah sangat gelisah bila mendapat tahu bahawa artis2 neh pergi kelab bogel.
6. Dan yang paling best, pada ending of article joyah akan rahsiakan nama artis2 tersebut.
Cantek!
Kalau ikut pemahaman aku yang kurang cerdik neh ialah ;
1. Rakan2 joyah pun layan kelab bogel.
2. Tapi joyah tak rasa gelisah pulak.
3. Joyah juga tidak menegur rakan2 joyah.
4. Tapi bila artis pergi kelab bogel, joyah jadi penyibuk.
5. Bagi joyah, kalau artis pergi kelab bogel = haram, kalau rakan2 joyah pergi = takpe lah, itu orang malaysia cari hiburan cara salah. Faham tak? Artis tengok = haram. Rakan2 joyah tengok = salah. Ada beza besar antara salah dengan haram. Heh
6. Mungkin rakan2 joyah tue bukan orang islam sebab tue joyah taknak tegur. Tapi masyarakat bukan islam di malaysia neh bukan lah kenal sangat artis2 malaysia yang melayu melainkan siti nurhaliza dan beberapa kerat yang popular. Tak kan siti nurhaliza pergi kelab bogel pula kan? Heh.
7. Dan joyah berjaya lengkapkan kerja minggu neh dan submit kepada editor on time dan mengisi ruangan slot gossip. Mudah. Joyah, saya pun nak jadi wartawan gosip. Boleh ?
Sozcyili : Kenapa taknak tegur artis tue depan2 kalau sungguh kenal artis2 tersebut? Takan takde no phone artis tue pula? Kata kaki gossip.