Hot : Ashraf @ Aleesha meninggal dunia.
Aku rasa sedih bila tahu dia meninggal dunia. Aku rasa terkilan sangat sebab tak dapat berkomunikasi dengan dia. Walaupun pada awalnya aku rasa agak terkilan kenapa dia sanggup tukar jantina tapi setelah membaca luahan dia kat mynewshub persepsi aku terhadap dia terus berubah.
Aku rasa dia neh orang baik. Aku rasa nak kenal dia sangat2 selepas tue. Tapi aku tatau nak contact dia macam mana. Walaupun selepas luahan tersebut, dia di kritik lebih hebat oleh masyarakat tapi aku memilih untuk memahami penderitaan dia. Aku menghukum dia pada posting yang pertama disini, tetapi posting kedua aku disini aku memilih untuk memahami kesulitan dia. Tapi tak sangka, akhirnya dia meninggal dunia.
Baca bawah ;
Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, jam 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
Sozcyili : Alfatihah untuk dia..
Tiada ulasan
Catat Ulasan