t>

Breaking News

Filem racist Namewee di pawagam 8 Sept

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee akan menayangkan filem sulung arahannya - Nasi Lemak 2.0 - pada 8 September di 60 pawagam di seluruh negara.

NONEFilem sepanjang 148 minit itu - arahan Wee sendiri dan 
membabitkan kos RM1 juta - mengandungi dialog dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin dan lain-lain dialek Cina di Malaysia.

"Walaupun penggambaran filem itu kebanyakannya dalam Mandarin dan Kantonis, kita juga masukkan bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil, yang mungkin menjadikannya filem paling banyak pelbagai bahasa," katanya.

Wee, 28, berkata beliau bernasib baik kerana mendapatkan penajaan syarikat-syarikat korporat untuk memulakan penggambaran filem tersebut, walaupun usahanya untuk mendapatkan pelbagai jenis pembiayaan kerajaan ditolak tahun lalu.

NONE"Sebahagian daripada mereka membiayai saya sikit selepas saya siarkan video tentang kekurangan bajet saya tahun lalu," katanya merujuk kepada video 'Namewee mahu bertemu PM Malaysia'.
Filem Namewee antaranya, dibintangi Afdlin Shauki, Adibah Noor, Nur Fathia, vokalis Alleycats Datuk David Arumugam, penyanyi Karen Kong, Reshmonu, dan model Felixia Yeap, antara lain.

Penerbit eksekutif filem itu, Fred Chong, berkata 'Nasi Lemak 2.0'dipilih sebagai tajuknya kerana dicipta oleh rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

"Nyonya mencipta sambal, orang India memperkenalkan kari dan orang Melayu pandai menggunakan ikan bilis, inilah caranya kita menghasilkan sepinggan nasi lemak," katanya. -MKINI-





Nak ulas sikit dua perkara pasal namawee neh. Jangan marah pula kepada peminat2 dia neh. Berkenaan bajet dari kerajaan yang namawee tak dapat tue.. hal kecik je kot. Selama neh ramai dah pembuat2 filem pun tak dapat bajet2 dari kerajaan untuk buat filem. Kita pun malas nak sebut2 isu kronisme kat sini. Sebab benda tak pasti. Yang penting sekarang namawee dapat tajaan dari pihak swasta, which is a good thing lah for your film kan.

Berbanding produser2 yang dah lama berkecimpung dalam industri neh, nak dapatkan tajaan swasta pun payah. Tapi ada lah, cuma untuk mereka2 yang glamer je lah selalu nya. Bakat no 2 ataupun no 3 kot. Hahaha..

Dan seringkali terperasan banyak kali di fp namawee ada nya budak2 berketurunan cina yang tak cukup matang @ belum wujud otak nya lagi, sering kutuk2 orang melayu dalam tue. Kenapa ya, namawee tak nasihatkan mereka pula? Dah banyak kali saya nampak neh. Tegur pun tak pernah. Ataupun saya terlepas pandang? Lepas tue lagi ada ahti nak buat filem pasal anti budaya racist?? Dalam fanpage sendiri pun gagal kawal. Alahai.

Macam ketam ajar anak berjalan lurus pula namawee neh. Hahah.. Aku faham bebudak cina yang meroyan dalam tue anti umno. Tapi bukan kah sepatutnya ;

umno = umno = kerajaan bersama2 mic dan mca.

Manakala

melayu = melayu = sebahagian rakyat malaysia?

Apa kena umno dengan melayu pula? Nak kutuk umno, kutuk lah umno. Cuba jangan babitkan kaum melayu dalam benda alah neh. Lagi satu selain dari umno, mca dan mic pun kerajaan juga di malaysia neh. MIC dan MCA tue bangsa melayu juga ke? BODOH sangat fans namawee yang racist neh. Melayu dengan umno pun tak boleh beza lagi ada ahti cakap pasal persamaan. Belajar dulu beza antara melayu dan umno selepas utu barulah sibuk2 cakap pasal justice.

Ini melalak melolong pasal justice tapi dalam masa yang sama menganiaya orang melayu. Yang lebih parah siap kutuk2 islam lagi. Bangang nak mampos. Fans namawee macam neh memang bangang nak mampos. Sekian.

Nota : Sejak bila kita makan nasi lemak dengan kari? Dan sejak bila nyonya cipta sambal neh? Aduhaiii.. ini mitos baru ka?

Sozcyili : Sendiri racistt tapi tarbiah orang jangan racist.. hahaha..pelik gila..

Tiada ulasan