Kerajaan ada saham dalam astro rupanya.
Aku baru je tahu perkara neh. Sebelum neh memang tak tahu yang kerajaan ada pegangan saham dalam syarikat astro neh. Ingatkan astro neh 100% dimiliki oleh ananda krishan. Rupanya kerajaan malaysia juga memiliki saham di dalam syarikat astro. Cuma tak pasti jumlah sebenar pegangan saham kerajaan di dalam astro berapa kerana ia tidak di dedahkan pula.
Urm.. rasa macam tertipu lah sedikit sebanyak. Sebelum neh rtm ambil alih bernama. Akibatnya semua berita bernama jadi berat sebelah dan tidak telus. Ketika bernama masih baru nampak juga sedikit kebebasan bernama. Tapi tahun2 kebelakangan neh nampak sangat bernama dah jadi media pengampu berciri2kan rtm dan tv3. Hampa. Susah betul nak dapatkan media telus di malaysia. Hampir tiada.
Walaupun ada banyak media alternatif. Tetapi media2 alternatif pula cenderung kepada mengampu pembangkang. Sebenarnya berharap sangat ada satu2 media telus yang bebas berpaksi kepada kerajaan dan pembangkang. Biarlah sampaikan wadah berita yang benar dan tepat mengikut keadaan dan situasi semasa. Rasanya ramai kot berpendapat macam aku. Jemu kepada media pengampu.
Berbalik kepada kisah astro tadi. Rasanya rakyat malaysia dah kena tipu hidup2. Kerajaan ada saham dalam astro. Sudah tentu kerajaan tahu astro nak menaikkan kadar charge. Sudah tentu ada mesyuarat bagi membincangkan isu neh. Sudah tentu lah sebelum rais yatim keluarkan kenyataan berhubung isu neh dia sudah tahu bahawa astro akan naikkan kadar charge nya. Boleh jadi semasa dalam mesyuarat, kerajaan sebenarnya setuju dengan kenaikan neh kerana ia akan menguntungkan kerajaan sedikit sebanyak.
Hurmm.. hampa lah pula. Rupanya dalam soksek2 marahkan astro, kerajaan dalam diam2 ada saham dan mengaut keuntungan melalui astro. Patutlah sukar sangat nak lawan astro. Dia ada backup rupanya. Tak hairan ada iklan2 satu malaysia dan iklan2 yang memuji kerajaan di astro. Semua nya berkaitan. Akhirnya kita sebagai pengguna juga kena tindas baik dengan kerajaan, mahupun dengan syarikat swasta. Dua2 mencekik kita dari dalam.
Sumber dari sini.
Sozcyili : Rasa macam kena tipu lah..
Tiada ulasan
Catat Ulasan