Parti Pembangkang Menang Besar Di Thailand
Parti pembangkang Thailand, Puea Thai yang mencalonkan adik Thaksin Shinawatra, Yingluck Shinawatra sebagai bakal perdana menteri wanita pertama menang besar dalam pilihan raya umum negara itu semalam.
Setakat pukul 8 malam tadi, parti Puea Thai memperoleh majoriti mudah dengan memperoleh 255 daripada 500 kerusi parlimen.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Thailand, sebanyak 83.69 peratus undi sudah dikira pada pukul 8 malam.
Parti Demokrat yang dianggotai Perdana Menteri Abhisit Abhisit Vejjajiva memperoleh 163 kerusi, parti Bhumjai Thai memenangi 35 kerusi, parti Chart Thai Pattana mendapat 21 kerusi dan parti Chart Thai Pattana Phea Pandin menang di 10 kerusi parlimen.
Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand mendapat empat kerusi, parti Matubhum cuma membolot dua kerusi manakala Rak Santi dan Parti Demokrat Baharu masing-masing memperoleh satu kerusi.
Yingluck yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun yang memperoleh status sebagai bintang rock berjaya menawan hati berjuta-juta pekerja dalam undi tersebut.
Wanita itu dianggap sebagai satu-satunya pemimpin yang akan membantu masalah penduduk miskin di negara tersebut.
"Yingluck telah membantu kita dan kini parti Puea Thai boleh menyelesaikan masalah kami dan mereka (ahli-ahli parlimen parti itu) akan menyelesaikan kemelut negara ini," kata seorang kakitangan kerajaan, Saiksa Chankerd.
"Orang ramai mahukan perubahan dan mereka memperolehnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sekuriti Asia Plus di Bangkok.
Kemenangan parti itu mungkin dapat menstabilkan semula Thailand selepas enam tahun negara ini dilanda ketegangan termasuk keganasan sehingga para penunjuk perasaan menawan dua buah lapangan terbang utama di Bangkok. - Agensi
Satu perubahan yang berani dan positif. Malaysia pun kena tiru macam neh juga. Kalau kita berani nak ubah nasib kita untuk mencari kehidupan yang lebih baik lagi, sapa lagi nak tolong kita? Sebab itu kita perlu rombak kepimpinan kita dari A sampai Z supaya kehidupan kita boleh menjadi lebih baik dari sekarang.
Dengan kenaikan harga makanan yang melambung2 dan juga barang keperluan yang lain, harga rumah yang tak stabil dan pelbagai masalah penyelewengan, hutang negara, korupsi, bangunan runtuh dan sebagai nya dalam masa 55 tahun neh, rasa nya dah cukuplah peluang yang kita berikan masa kepada mereka.
Kini tiba masa untuk kita belajar mencari pemimpin yang lain. Kita kena belajar beri peluang kepada orang lain untuk buktikan kemampuan mereka. Jangan menilai sebelum mereka memerintah negara. Nilai lah mereka selepas mereka memerintah negara.
Tiada ulasan
Catat Ulasan