t>

Breaking News

PAS bantah MTV, Khalid ibrahim enggan berbincang.


Menurut satu laporan berita dari harakahdaily disini, aku dapati pas ada menyatakan bahawa mereka cuba berjumpa dengan khalid ibrahim bagi membincangkan isu neh sebanyak beberapa kali tetapi gagal. Taktahu kenapa gagal. Samada khalid ibrahim taknak jumpa ataupun dia taktahu yang pemuda pas nak bertemu dengan dia.

Tetapi aku rasa susah juga nak cakap yang khalid ibrahim taktahu hal neh. Yelah dia sebagai menteri besar dia kena jumpa semua pihak dan memahami kenapa pas menolak hiburan MTV neh. Cuba jangan ego dan pentingkan diri sendiri je. Umum sudah lama tahu umno parti pro hiburan. 

Dan umum sudah lama tahu pkr suka kutuk umno yang pro hiburan. Dan umum kini baru tahu bahawa pkr pandai kutuk dan dalam masa yang sama juga cintakan hiburan. Umum juga baru tahu pkr parti hipokrit. Umum juga baru tahu bahawa khalid ibrahim tidak suka berbincang. Umum juga baru tahu bahawa pkr pandai cakap tapi tak pandai amal.

Kalau beginilah cara pkr mengambil pendekatan usah menonong mengharap sokongan dari umat islam. Cuba janganlah berfikir mengenai kehendak diri sendiri je. Jangan pandai2 label bahawa org bukan islam gemar maksiat dan hiburan terlampau. Kalau diberikan garis panduan, umat bukan islam pun akan patuh sebab dorang boleh bertolak ansur. Kalau tak berbincang dan mencari kesepakatan macam mana nak tahu kehendak masing2?

PKR nampaknya failed bila membabitkan soal akidah umat islam. Nama je ketua orang islam. Parti yang dimonopoli orang islam. Tapi perangai tak macam orang islam. Teruk. 

Sozcyili : Pkr kutuk umno berkobar2 tp dorang pun sama rupanya.. hahaha.. lawak lah!

Tiada ulasan