t>

Breaking News

Polis, Peguam Negara diminta siasat laporan palsu Anwar - Rahim Tamby Chik

Anwar kena lagi lah nampaknya. Lepas habis kes liwat dia, andai dia dinyatakan tidak bersalah, dia akan hadapi satu lagi tuduhan di mahkamah. Adoii penatnya jadi manusia yang bernama Anwar Ibrahim neh.. Tamby chik telah mengesa agar tindakan segera di ambil kepada anwar ibrahim kerana membuat laporan palsu. 

Dia cakap forensik dah sahkan ianya video tulen dan anwar ialah pelaku dalam video seks terbabit tetapi.. anwar ibrahim buat kenyataan polis dan nafikan ia. Disebabkan itu, maka tamby chik mahu anwar ibrahim didakwa kerana menipu. Baca bawah ;

Pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China.


Salah seorang trio 'Datuk T', Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, siasatan itu perlu dilakukan memandangkan Anwar membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah 'pelakon' dalam rakaman berkenaan. Sedangkan, kata beliau, bukti daripada laporan forensik oleh dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) menunjukkan individu dalam rakaman tersebut adalah 99.9 peratus menyamai Anwar.


"Ia bermakna, Anwar membuat satu laporan palsu. Oleh itu pihak polis dan penguatkuasa undang-undang tidak boleh membenarkan laporan-laporan palsu ini dibuat oleh mana-mana warganegara lebih-lebih lagi mereka yang bertaraf pemimpin.


"Saya suka menyebut semula kenyataan peguam, Datuk Muhammad Shafie Abdullah di mahkamah ketika kes ini dibicarakan bahawa salah satu kesalahan jelas yang dibuat oleh Penasihat PKR ini ialah dia membuat satu laporan polis yang sama taraf dengan kenyataan bersumpah," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, laporan palsu merupakan satu kesalahan yang amat besar dan mesti diberi perhatian oleh pihak pemerintah khususnya Pejabat Peguam Negara.


"Kalau saya telah berkorban dan membayar denda RM1,000 yang dikenakan oleh sistem kehakiman, pelakonnya pula bagaimana? "Takkanlah orang yang mendedahkan sesuatu demi memelihara kepentingan negara dihukum sedangkan pelakunya tidak dihukum walaupun telah melakukan kesalahan?" katanya.


Beliau turut menggesa pihak Peguam Negara untuk melihat kes ini dengan lebih serius demi menegakkan kebenaran. -utusan-

Sozcyili : Bila nak habis neh?

Tiada ulasan