t>

Breaking News

Rosmah Mansur : Hal rakyat lebih penting dari layan isu cincin.


Nampaknya rosmah mansur dah keluarkan kenyataan balas berhubung isu cincin 24 juta. Dia menafikan bahawa dia memiliki cincin tersebut. Urmm.. aku rasa kita patut bagi peluang untuk dengar penjelasan dia. Dia cakap itu satu lagi dakwaan fitnah ke atasnya.

Namun dia tetap perlu jelaskan beberapa hal berkaitan isu cincin tersebut. Boleh lihat persoalan2 itu disini.  Dan cuba baca statement kat bawah neh ;

Setelah dua minggu khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.


Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” kata Rosmah.

Urmm aku terfikir rosmah mansur neh memang seseorang yang berkaliber sampaikan hilang langsung kaliber najib razak sebagai seorang perdana menteri. Rakyat lebih nampak "cara rosmah mansur buat kerja" daripada najib razak itu sendiri.

Itulah kot agaknya dia beria2 pergi keluar negara tiap2 bulan ye tak? Untuk bantu rakyat ye? Permata.. satu program tarian. Hahaha.. aku pun duduk di luar bandar gak neh tapi belum nampak apa2 benda baik yang dibuat oleh permata untuk budak2 neh. Ke belum lagi? Bantuan lambat sampai? 

Ataupun rosmah mansur terlepas pandang? Tapi kalau setakat bantuan tarian tak diperlukan kot. Tarian dan menyanyi hanya akan menyebabkan kanak2 lalai dalam dunia hiburan je. So tak berguna gak lah program permata under rosmah mansur neh rupanya.

Topup di mana2 dengan hotlink I-Channel sekarang ! 

Tapi kan bila masa rosmah mansur tue wakil rakyat ye? Isteri piem je kan dia tue? Hahaha..

Sozcyili : low profile macam isteri mahathir lah weh.. jimat duit rakyat.. hahahaha..

Tiada ulasan