t>

Breaking News

Rosmah Mansur menabung untuk beli barangan mahal?



Tadi terbaca artikel di dalam satu blog. Agak terkesima cara dia menulis bagaimanakah rosmah mansur memiliki wang sehingga 75juta untuk membeli cincin dari jacob dan co. Katanya lagi ini ialah kisah benar yang dia kutip dari blog umno. Media arus perdana memberitahu kepada orang ramai baru2 neh bahawa rosmah mansur suka menabung! Dan hasil dari tabungan itulah dia gunakan untuk membeli belah barangan2 mewah yang dia sukai. 

Urmmm... tatau lah nak cakap betul ke tidak. Nak cakap mereka [berita] tipu pun susah. Tapi nak percaya mereka [berita] lagi lah susah. Hampir sahaja alasan itu sebenarnya tidak munasabah. Kenapa pula tiba2 aktiviti rosmah yang suka menabung menjadi perbualan umum di saat dia dihimpit kontroversi cincin mewah dan mungkin gelang "mewah" sekali. 

Bukan lah kita nak tuduh2 rosmah mansur guna wang rakyat membeli belah semua itu. Kita bukan ada bukti sahih dan kukuh. Tetapi akal kita akan berkata2 dan tertanya2 dari mana rosmah mansur dapat wang sebanyak itu untuk membeli barangan2 mewah dan berjenama tinggi sedangkan suami nya bukan lah ahli perniagaan. Rosmah mansur juga bukanlah ahli perniagaan. 

Ke dorang memang terlibat dalam perniagaan? Setahu aku, perdana menteri tidak boleh terlibat dalam aktiviti perniagaan kerana dikhuatiri akan bias terhadap syarikat sendiri dalam proses pengagihan tender. Dan dalam masa yang sama, ia juga akan menjejaskan tumpuan jika buat 2 kerja dalam satu masa.

Sebenarnya benda neh menjadi pertanyaan umum, ada rasionalnya. Sebelum neh kita sudah memiliki 5 isteri perdana menteri yang mana tiada mana2 satu pun di antara mereka menonjolkan diri ke depan berbanding suami nya sendiri. Selain itu, mereka juga jarang terpalit dengan skandal melainkan isu aurat. Tetapi rosmah mansur? Macam2 skandal dia ada.. sekejap parti. Sekejap program. Sekejap dinner. Sekejap beg. 

Semua itu berduit. Dan kita hairan kenapa dia asyik diberikan peruntukan2 yang tidak munasabah untuk menganjurkan pelbagai majlis? Itu belum masuk beg2 mewah dan barangan2 mewah yang dipotong cukai oleh najib baru2 neh. Benda tue sikit pun takde effect pada rakyat marhaen melainkan rosmah mansur je. Pasal dia suka barangan branded.

Kita faham lah najib sayangkan isteri dia. Tetapi jangan disebabkan kasih sayang itu, kita rakyat malaysia diheret sekali. Dia boleh sayangi isteri dia dengan menggunakan kemampuan dia sahaja. Jangan gunakan kemampuan kita semua supaya rosmah mansur boleh dimanjakan pula. Setiap satu sen duit yang rosmah mansur guna andai datang dari rakyat, haram. Masih ramai lagi rakyat yang susah dan bergolok gadai untuk hidup jadi takde sebab kenapa kita kena halalkan duit kita dibelanjakan oleh rosmah mansur. Sekian.

Sozcyili : Enough is enough lah rosmah..

1 ulasan

Nohara Kama berkata...

mak cik ni mmg laa...... Allah je mampu balas kesalahan die ni...