Salahkan angin, polis tak tembak ke arah hospital - Menteri kesihatan.
“Salahkan angin, polis tak tembak ke arah hospital.” Itu penjelasan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersabit bukti gambar dan video yang memaparkan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Katanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.
Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.
"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.
Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk mempertikaikan penjelasannya.
Hahaha.. sindrom denial. Susah nya bercakap dengan menteri macam neh. Dengarlah pandangan jujur aku yang berada di lokasi kejadian pada hari tersebut. Selepas berjalan kaki dari station pudu akibat lrt tak berhenti di plaza rakyat aku telah bertembung dengan ramai "pelarian bersih" yang lari kelam kabut akibat diserang dengan tear gas.
Punyalah laju mereka berlari dan larian dilakukan secara beramai2. Dan ada yang duduk menahan kepedihan di depan seven e tak silap aku. Kalau bukan seven e maybe market yang 24 jam kot. Ingat2 lupa. Aku pun duduk kat sebelah dorang pasal dah penat berjalan kan. Sebelum tue aku dah rehat kat bas station dan dengar sekumpulan pakcik pelbagai bangsa bersembang2 then baru aku tahu yang polis dah lepaskan tear gas.
Itu pasal aku berjalan balik laju2 nak pergi tengok situasi. Then aku penat. Hampeh. So aku duduk rehat kat deretan kedai yang aku fikir seven e tadi tue. Aku duduk dan aku tanya pompuan sebelah aku. "kenapa neh? Kena ke tadi?" "Mahu nya tak kena. Baru lepas makan garam. Tengok tue.. dorang nak serang lagi." Aku bangun dan aku merakam lori2 teargas yang nak membunuh rakyat malaysia neh. Nanti aku upload ke youtube.
Then aku sambung duduk balik. "Ramai dah lari siap sembunyik kat kedai makan belakang tue lagi." Pompuan tue gelak. "Yang lari masuk hospital lagi ramai. Sampai panjat2 pagar. Ingatkan polis tak serang, tapi dorang serang gak dalam hospital." "Ye? ^*^&*^&&^ "<-- bahasa mencarut aku yang amat.
Neh antara saksi di tempat kejadian. Apa kejadahnya saksi neh nak menipu padahal dia tak kenal aku sapa dan dia pun taktahu bahawa berita neh akan menjadi sensasi kelak. Fikirlah. Saksi pertama yang [sebenarnya aku ada dua saksi] menyaksikan insiden tersebut dan tiada apa2 kepentingan ataupun menteri kesihatan yang memberikan statement atas kepentingan2 tertentu yang korang nak percaya!
Tiada ulasan
Catat Ulasan