t>

Breaking News

Siti saerah berniaga di tepi jalan dan kaitan nya dengan rakyat malaysia.



Tadi ada lah kemas-kemas rumah. Sambil kemas-kemas tue terjumpa lah satu artikel mengenai siti saerah adik kepada siti nurhaliza. Konon nya sekarang siti saerah berniaga di tepi jalan sedangkan dia adik penyanyi terkenal iaitu siti nurhaliza. Kiranya kerja dia tue macam low standard arh. Boleh menjatuhkan maruah kakak dia arh konon nya. Tah pape.

Lantaklah kerja apa pun dia nak buat. Bukan dia buat kerja haram. Bukan dia mencuri segala bagai. Memang wartawan tue takde kutuk2 pekerjaan siti saerah tapi cara ia ditulis seperti mengambarkan sebegitu. Mungkin wartawan tue takde niat macam tue. Maybe dia nak siti nurhaliza baca ke apa ke. Aku tak pasti sangat. Tapi bagi aku tak perlu kot kisahkan pekerjaan dia then bagitau dia pasal perkahwinan dia peh tue cakap pasal kelahiran anak dia ada lagi siap cakap jumpa dia kat kelab. Haizhhh.. macam nak memburukkan dia je.

Mula2 cakap jumpa dia kat kelab terkinja2. Then cakap dia kehidupan dia tak seperti dulu [mewah] dan ada anak berusia beberapa bulan hasil perkahwinan dia pada bulan blablaba yang mana siti nurhaliza tak sempat hadir. Apa menda semua enh? Perlu ke bagitau satu dunia status anak dia? Tak perlu kot. Urusan dia berniaga tepi jalan pun tak perlu dihebohkan. Bukan masalah kita pun. Takde kena mengena pun dengan kita.

Hubungan dia dengan kakak dia pun bukan masalah kita. Macam lah kita tak pernah bergaduh dengan adik beradik sendiri. Lagipun kita tak tahu whole story. Mungkin memang siti saerah nak berdikari dan jalani kehidupan yang serdahana. Kita taktahu semua tue. Jadi wartawan mungkin tak perlu kot cakap2 pasal hubungan kekeluargaan dia. Lain lah kalau nak rapatkan dua hubungan yang terputus kan.

Tapi aku pelik gak. Wartawan neh macam perli halus kat siti saerah laki bini konon nya jumpa dorang kat kelab. Tapi wartawan neh ataupun sumber wartawan neh buat apa pula dekat kelab? Takan artis pergi kelab berdosa, wartawan pergi kelab jadi halal pula? Nak cari maklumat? Napa tak call jabatan agama buat aduan? Dorang kan nampak sendiri depan mata? Heh.

Kadangkala aku heran dengan sesetengah pandangan yang mengatakan golongan artis neh memang macam neh. Sesat lagi menyesatkan. Tak payah kot buang masa nak layan artis2 neh. Lantaklah dorang nak buat apa pun. Kenapa ya?

Golongan artis neh bukan manusia ke? Tak layak ke dorang mendapat tarbiah?  Jijik sangat ke dorang sampai kita kena pinggirkan dorang? Pernah tak kita fikir bahawa mereka semakin berani + melampau + slumber disebabkan ada mentaliti masyarakat yang macam neh?

Kalau tarbiah + ceramah + nasihat untuk orang yang baik2 je pada pandangan korang maka korang memang silap besar. Sepatutnya sebagai umat islam, kita tak boleh menjauhi satu2 golongan hanya kerana mereka tak amalkan cara kehidupan muslim yang sebenar. Contohnya artis lah dalam kes macam neh. Amat mudah mengatakan mereka sesat tetapi tiada siapa pun nak bimbing mereka ke jalan yang diredhai. Ingat kalau membiarkan artis hanyut dalam dunia mereka sendiri, kita akan terlepas dari hukuman ke?

Mentaliti biasa masyarakat meleiz di malaysia ;

artis = sesat lagi menyesat = jgn layan dorang = tak guna tarbiah 

ko ingat kalau baru nasihat satu kali, dua kali dorang akan dengar cakap ke? Sesi tarbiah perlu berterusan. Dan berkumpulan. Perlu backup dari kerajaan juga. Kena nasihatkan artis2 neh panduan cara berhibur yang betul. Meninggalkan mereka dalam sesi tarbiah tak menjadikan kita lebih baik dari mereka walaupun kita bukan artis. Artis neh sama macam kita iaitu mereka manusia biasa. Dan setiap manusia baik islam dan bukan islam harus sama-sama layak mendapat tarbiah untuk menjadi orang yang lebih baik pada masa akan datang. 

Dari mana timbulnya soal tarbiah neh hanya kepada manusia2 yang baik dan alim. Aku pun tak faham.

Sozcyili : orang jahat.

[contest] 30 hari berjuang untuk kereta percuma. Ada berani? Main contest neh sekarang.

Tiada ulasan