Teo Beng Hock sah bunuh diri - Kepala tak berkecai pun.
Betul ke dia bunuh diri sehari sebelum perkahwinan? Bukan kah dia bakal menyambut kelahiran anak? Bagaimana dengan nota bunuh diri? Bukan kah sepatutnya didedahkan kepada umum? Aduhaiii.. kalau nak fikir2 balik memang tak logik. Badan dia elok, kepala tak berkecai tapi dikatakan bunuh diri?
Cuba seseorang yang jatuh bunuh diri daripada tingkat tinggi, mestilah kepala dia mengalami kecederaan teruk meskipun tidak hancur. Tetapi wajib mengalami kerosakan yang teruk di bahagian kepala. Takan nak cakap kaki yang jatuh dulu? Kalau kaki yang landing dulu, tetap kepala dia akan rosak dan berdarah banyak disebabkan jatuh dari tempat tinggi.
Neh usah kata kepala dia elok, kaki dan kebanyakkan tulang2 dia pun dalam berkeadaan elok. Ini ialah satu keraguan yang munasabah. Itu pasal kita persoalkan. Bukan menuduh siasatan diraja neh tidak telus. Tetapi keraguan neh kita bangkitkan sebab ia benar2 munasabah.
Apa kata kalau pegawai sprm sendiri terjun dari tingkat 14. Andai kecederaan sama seperti TBH dan boleh mengakibatkan kematian kita akan terima hujah siasatan diraja neh. Walaupun ramai yang menyangkakan bahawa TBH mungkin mati ketika dalam tahanan dan mayatnya diletakkan di tingkat bawah bagi menimbulkan persepsi dia bunuh diri tetapi kita tiada bukti untuk membenarkan kata2 itu.
Apa yang ada cuma hujah dari mayat TBH. Mayat TBH membuktikan secara logik sains bahawa TBH tidak mungkin bunuh diri secara jatuh dari tingkat tinggi sekurang2nya, andai dia benar2 bunuh diri lah kan. Sebab itu siasatan diraja neh perlu perincikan bagaimana seseorang yang jatuh dari tempat tinggi tidak mengalami kecederaan dan pendarahan yang teruk tetapi boleh kehilangan nyawa?
Pendek kata hujah siasatan diraja bahawa TBH bunuh diri dari tempat tinggi tidak konsisten dengan kesan luka yang terdapat di mayatnya. Fikirlah. Kita cuma mahukan kebenaran. Jangan selindungkan kebenaran tak kesah lah dia neh orang islam ke bukan. Semua orang berhak mendapat pengadilan andai teraniaya. Jangan buat masyarakat hilang kepercayaan kepada sistem keadilan di malaysia neh sudahlah.
Sozcyili : Duit boleh beli keputusan..
Tiada ulasan
Catat Ulasan