[Video] Wardina terpaksa bercuti dua bulan.
Dalam satu kenyataan akhbar utusan malaysia ada menyiarkan satu artikel bahawa wardina akan bercuti selama dua bulan daripada menjadi pengacara di tv3. Rasanya ramai kot dah tahu ini semua berpunca daripada satu gambarnya yang diedarkan oleh bloggers yang mengaitkan dia ;
1. Menyokong pakatan rakyat
2. Menyokong bersih
Sehingga dia terpaksa memberikan penjelasan kepada orang ramai. Lihat video di bawah neh ;
Mungkin perkara neh terlalu kontroversi sehingga menyebabkan dia terpaksa bercuti selama dua bulan. Menurut laporan akhbar terbabit, wardina yang minta bercuti untuk meredakan suasana dan keadaan yang tengah panas sekarang. Dan bukan nya dikenakan tindakan disiplin. So tak payah lah sangka yang bukan2.
Dan aku suka nak cakap lagi dan lagi biarpun korang ada pandangan yang lain. Kat mana pun wardina nak kerja itu adalah hak dia. Bukan pasal kita. Korang mungkin hebat dengan kerja sendiri, jadi bos, tak kerja dengan mana2 stesen tv yang "munafik" lah katakan, tapi tak bermaksud korang leh caci dia dengan berkata ;
eley macam lah kat tv3 je leh cari rezeki.
Korang ingat yang kerja kat tv3 tue semua pro kerajaan ke? Pernah tak terfikir yang memang bagus pun ada pro pembangkang kerja kat tv3? Dan pernah tak terfikir bila pakatan rakyat ambil alih kerajaan pusat kelak, tv3 mungkin mampu berubah dan menjadi neutral melalui peruntukkan undang2 yang akan digubal bagi menjamin kebebasan hak asasi pengamal media?
Jadi tak payahlah nak kecam cara orang cari rezeki dan suka2 cakap dia buat kerja haram dan segala bagai. Hormat hak dan pendirian dia. Dia bebas kerja kat mana2, sokong sapa2, samada nak zahirkan ataupun nak sembunyikan ikut suka dia, jangan kita buat keputusan bagi dia sebab kita bukan dia dan kita taktahu kehidupan apa yang dia lalui. Korang mungkin boleh berbangga dengan menyokong pakatan dan memaparkan ia secara terbuka, tetapi ada juga individu2 seperti kakitangan kerajaan yang sokong pakatan tetapi tak boleh tonjolkan secara terbuka.
Jadi kenapa pula? Salah ke sokong secara senyap2? Kena berhenti kerja dan cari rezeki kat tempat lain pula? Andai korang nak mereka semua berhenti kerja dan cari kerja lain, boleh korang tolong cari kan dan jamin masa depan mereka? Apa? Tak boleh? Owh.. okey.. so diam lah. Sekian.
Sozcyili : kata umno suka paksa orang tapi dorang pun sama je kot.
Tiada ulasan
Catat Ulasan