50 maut, masjid dibom
B*NGS*T!!!
ISLAMABAD 19 Ogos - Satu letupan kuat menggegarkan sebuah masjid di barat laut Pakistan hari ini ketika beratus-ratus jemaah sedang mengerjakan solat Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.
Menurut laporan stesen televisyen Urdu Express, letupan berlaku di sebuah masjid di kawasan Jamrud, daerah Khyber pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan. Beratus-ratus orang sedang mengerjakan solat Jumaat ketika letupan itu berlaku, lapor agensi berita Xinhua yang turut memetik media tempatan.
Keseluruhan bangunan masjid itu dilaporkan runtuh disebabkan letupan kuat itu dan ramai orang yang tertimbus di bawah sisa-sisa runtuhan. Dianggarkan 40 orang dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan.
Televisyen tempatan Goe yang memetik saksi melaporkan, letupan dipercayai daripada jenis bom yang ditanam, tetapi ia masih belum disahkan. - BERNAMA
Sozcyili : Pakistan dan India neh memang tak boleh nak capai kata sepakat selagi mana india tak redha dengan kedaulatan pakistan.. woitt india lue punya negara pun teruk lue jangan sibuk urusan negara orang lain larh..
Tiada ulasan
Catat Ulasan