Facebook kutuk google plus.
Hahaha.. facebook dan google neh memang sedang bersaing hebat sesama mereka. Sejak beberapa tahun kebelakangan neh peperangan antara facebook dan google semakin memuncak pula. Masing2 cuba menunjukkan kehebatan masing2. Tapi siyes bagi aku yang ada akaun facebook dan google plus aku rasa kedua2 nya ada kelebihan dan kekurangan masing2.
Cuma pening sket lah dengan penggunaan google plus sebab masih baru dan belum aktif sepenuhnya. Still in the learning process. Perlahan2 kayuh. Ada orang siap intergrated google plus dengan blog lagi. Dengan citer boleh update blog [pengguna blogspot] via google plus. Tak pasti lagi cara dia macam mana. Macam aku cakap tadi.. aku pun masih merangkak2 lagi belajar benda neh. Tapi memang betul, unsur2 meniru facebook mmg ada sikit2 kat google plus tue. Baca bawah ;
Eksekutif Facebook berkata bahawa laman sosial Google, Google+, tidak mempunyai ramai pengguna, kurang ‘originality’ dan hanyalah pengaruh dari kesan ekonomi.
Google+ yang mula dibuka dua bulan yang lalu oleh syarikat gergasi Google, telah dikritik oleh pegawai eksekutif kanan Facebook kerana ianya sesuatu yang tidak tulen, tidak mempunyai ramai pengguna dan juga hanyalah pengaruh daripada kesan perkembangan teknologi.
Sean Ryan, Pengarah Rakan Kongsi Permainan Facebook berkata bahawa “Google telah mengadaptasikan beberapa aspek dari sistem Facebook dan mereka rasakan bahawa mereka berhak untuk lakukan perkara tersebut. Kita perlu lakukan lebih baik daripada itu.”
Laporan The Fortune juga melibatkan perbandingan yang dilakukan oleh Ryan antara kadar keuntungan kadar perkongsian model antara mereka dan pengusaha permainan. Facebook berada di depan dengan kadar 30% manakala Google+ hanya sekadar mendapat 5%. “Google hanya mendapat 5% kerana mereka tidak mempunyai ramai pengguna,” kata Ryan. Beliau juga menyamakan taktik yang digunakan oleh Google seperti taktik dimana McDonalds cuba untuk meniru Starbucks dengan menjual kopi. -mynewshub-
Bacaan penuh disini.
Tiada ulasan
Catat Ulasan