t>

Breaking News

Jualan simplysiti terjejas.

KUALA LUMPUR: “Isu ini sudah pun selesai jadi Siti harap pelanggan tidak lagi panik atau takut untuk menggunakannya,” kata Presiden SimplySiti Sdn Bhd (SS), Datuk Siti Nurhaliza Taruddin ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Beliau yang terkilan dengan spekulasi mengenai status halal produknya itu berkata, disebabkan isu berhubung status halal SS, jualan produk terbabit terjejas teruk.


“Spekulasi ini begitu cepat tersebar sehingga ada antara pelanggan yang bertindak memulangkan produk SS dan meminta wang mereka dikembalikan.


“Perkara ini sangat memberi pengajaran kepada Siti, namun Siti berharap semua pihak jelas dengan status halal SS kerana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pun sudah mengeluarkan kenyataan mengenai status produk SS.


“Apapun, Siti tetap bersyukur kerana isu ini dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.


Baru-baru ini, pemilik blog mendakwa menerima surat jabatan agama mengenai senarai nama syarikat yang tidak berjaya mendapat sijil pengesahan halal Malaysia, termasuk SS. -hmetro

Itu baru satu penjelasan. Kalau kita faham betul2 penjelasan siti yang boleh baca disini, kita dapati berus babi itu memang wujud tetapi telah disamak dan diperiksa sekali lagi oleh jakim dan akhirnya simplysiti telah clean dan halal.

Masalahnya macam mana pula dengan product yang lain2? Marina sardin? Mamee? Tak dengar apa2 penjelasan pun. Urmm.. pelik2. Tapi ku dah tak makan mamee dah. Sebab apa? Sebab

FOBIA

Sozcyili : seram...

Tiada ulasan