t>

Breaking News

Polis minta rasuah dah ditahan?


Masih ingat lagi kes polis yang minta duit rasuah daripada rakyat singapore yang kecoh baru-baru neh? Sila lihat sini bagi anda yang ketinggalan story dari awal. Utusan online melaporkan bahawa polis terbabit sedang digantung kerja. Urmm aku tak berapa faham sangat apa maksud digantung kerja tue. Maksudnya macam digantung sekolah ker?

Kalau ya aku rasa tidak berapa bersesuaian lah dengan jenis kesalahan yang dilakukan. Ada baiknya PDRM buang terus polis macam neh bagi menjaga imej dan nama baik PDRM itu sendiri. Siapa boleh jamin andai dia kembali bertugas dia tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi? Betul kan? So baik buang terus ataupun tukar kan dia ke bahagian yang dia tak boleh nak collect rasuah lagi. 

Bukan apa, kalau PDRM tak tegas dalam menjaga disiplin anak-anak buahnya nanti orang ramai juga akan hilang respect terhadap intergriti polis. Bila sampai saat tue jangan lah PDRM melenting pula. Kata orang cegah sebelum parah. Sekian.

Sozcyili : Tak setimpal dengan kesalahan... huhu

Tiada ulasan