t>

Breaking News

Shahir Akan Berhenti Menyanyi Dan Ceburi Dakwah



Alhamdullilah. Semakin bertambah golongan artis yang berubah menjadi pendakwah. Lihat bawah neh ;

Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.

Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

"Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.

"Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini," kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.

Tambahnya: "Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.

"Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).

"Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini."

Ada segilintir individu memandang artis neh macam sampah. Hina dan jijik sangat artis bagi mereka. Tapi jangan lupa hidayah dan syurga Allah swt tak kenal individu melainkan keimanan dan ketaqwaan semata. Kalau boleh anggaplah mereka manusia biasa macam kita.

Kadangkala disebabkan kurang ilmu kita akan tergelincir melakukan perbuatan2 yang salah di sisi islam. Tak kiralah samada mereka berstatus artis ataupun orang biasa ruang untuk melakukan kesilapan itu sentiasa ada kerana kita manusia yang bukan maksum.

Apa yang penting ialah keinginan untuk berubah menjadi lebih baik. Macam yang ditonjolkkan oleh shahir neh. Alhamdullilah, semoga para2 peminat shahir yang ekstrems2 tue.. boleh mendoakan "kerjaya" baru shahir dan sekaligus boleh mengambil pendekatan shahir. Amacam? Ada bran? Hahaah..

Sozcyili : Rozita che wan?

1 ulasan

Tanpa Nama berkata...

yess.. bagus kita insaf ramai2..