Bunuh diri demi cinta.
Alahaiii.. taktau nak cakap apa. Amek sebagai pengajaran je larh. Nak cakap lebih2 mereka berdua dah meninggal. Walaupun cara yang digunakan tue tak betul dan terkeluar dari landasan islam sebab bunuh diri.. kita yang masih hidup neh cakap apa pun dah tak guna lagi. Cukuplah jadi iktibar dan pengajaran kepada pasangan kekasih di luar sana.
Hidup neh jangan nak fikir pasal cinta je. Ada banyak lagi perkara yang lebih penting dari cinta sebenarnya. Terutamanya sebagai orang islam. Ada banyak benda kita, orang islam kena buat bagi mengembalikan semula zaman kegemilangan islam. Jangan larh fikir tanpa cinta korang akan mati. Topup prepaid pun lagi penting dari cinta kalau nak difikirkan sebenarnya. Cinta berasaskan nafsu tak ke mana2.
Cinta, kalau ikhlas sudah pasti redha dengan ketetapan Allah swt. Dalam hidup neh mustahil kita boleh lepas dari perasaan cinta, tapi cara mengawal cinta, kena belajar supaya kita faham bahawa hidup dan mati neh demi Allah swt.. bukan kekasih. Huhu. Faham larh betul2. Baca bawah ;
SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.
Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.
Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.
Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.
Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.
Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.
Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.
“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.
“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam. -kosmo-
Romeo juliet apa? Hahahaa...
Sozcyili : hidup kerana Allah swt, mati pun kerana Allah swt patutnya..