t>

Breaking News

Mohon Maaf dari Kami - Petknode.

Berikut kat bawah neh ialah permohonan maaf daripada pihak petknode berhubung isu kecuaian dalam penjagaan kucing selama ditinggalkan 9 hari baru2 neh ;


Dengan ini, kami, Shahrul dan Yushairi, pemilik perniagaan Petknode Online Pet Store, dengan hati yang tulus ikhlas dan rasa rendah diri, ingin menyampaikan rasa terkilan dan bersalah kerana gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang dijanjikan. Kami mengakui kesilapan kami dalam menguruskan pusat jagaan kucing kami sehingga kebajikan kucing-kucing pelanggan diabaikan. Kami amat menyesal disebabkan gagal mendapatkan tenaga pekerja untuk membantu kami menguruskan pusat jagaan kucing dan sebagai perniagaan yang kecil, kekangan modal dan sumber yang terhad menyebabkan kegagalan kami menyediakan tempat tinggal yang terurus untuk kucing-kucing pelanggan. Walaubagaimanapun, kami telah cuba yang termampu untuk menguruskan kucing-kucing pelanggan dengan segala sumber yang ada.

Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing-kucing pelanggan menjadi tertekan, kurang makan dan minum, terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan kami sendiri.

Dan ini pula kenyataan rasmi petknode berhubung kucing2 yang masih dalam jagaan mereka ;


Didalam situasi sekarang, kami akui kami tidak lagi mampu untuk menyediakan tempat tinggal yang baik untuk kucing-kucing yang telah kami pelihara sejak 10 tahun lalu dan juga seekor anjing yang telah kami selamatkan kira-kira 6 bulan yang lalu. Kami berterima kasih kepada para sukarelawan yang bersusah-payah memberikan tempat tinggal sementara untuk kucing-kucing kami dan kami berharap ada individu-individu yang lebih layak dan berkemampuan dari kami untuk menjaga makan dan minum mereka. Kami cuma berharap kucing-kucing kami tidak diletakkan di animal shelter.
Berikut adalah senarai kucing-kucing kami.
Yang diletak dibahagian pejabat dan ruang pelanggan.
Apong,
Encem,
Acu
Yang diletak dibahagian belakang dan telah dijaga sehingga berada dalam keadaan sihat
Arek
Moyong
Puteh
Smokey
Toppo
Tokin
Mixie
Nerk
Pulut Jr.
Ainun
Yang diletakkan dibahagian belakang dalam keadaan kekurangan zat dan makanan dan masih dalam proses untuk dijaga sehingga sihat seperti kumpulan diatas.
Poko-poko
Rihana
Peggy
Russian Blue Handsome
Popoi
Queen
Flo
Miki
Boy
Tam Luling
Makbul
Kopot
Beng Beng
Anjing yang dijaga
Amadun.

Reaksi orang yang komen setelah petknode siarkan artikel di atas nampaknya lebih banyak yang negatif. Anda boleh ikuti perbualan tersebut melalui link neh.

Urm.. neh larh yang orang kata.. jangan pandai2 buat perniagaan kalau tak mampu jaga amanah pelanggan. Bila dah jadi macam neh macam2 alasan dikeluarkan, tak cukup dana larh, takde modal larh, takde staff larh.. macam2.. 

Sozcyili : Belum lagi sampai rasa bersalah tue..