t>

Breaking News

GST akan dilaksanakan jua, cepat ataupun lambat.



Tadi ada baca berita tentang GST. Bagi yang tidak tahu, GST = Goods and service tax  = cukai barangan dan perkhidmatan kepada kerajaan. Alah, macam KFC, Pizzahut dan dan lain2 tue. Bezanya KFC, ASTRO dan DLL tue dorang bawah GST  = service tax, yakni dikenakan cukai atas penawaran perkhidmatan. 

Andaikata usul neh diluluskan dalam parlimen kelak, tak lama lagi GST akan dikenakan terhadap barangan runcit, pembelian di pasaraya dan barangan2 tertentu. Kebaikan cukai neh ialah boleh menambahkan pendapatan negara. Negara yang mempunyai pendapatan lebih banyak akan dapat salurkan lebih banyak kebaikan kepada rakyat. So ia belum tentu sesuatu yang buruk.

Tetapi keburukan GST tetap ada. Keburukan GST ialah ;

1. Jika kerajaan korup dan penuh dengan rasuah, ada atau tiada GST, rakyat tidak akan mendapat sebarang faedah. Ambil contoh ketika mahathir memerintah malaysia dengan pak lah dan najib. Mahathir tidak laksanakan GST tetapi harga barangan, kos sara hidup dan kemajuan negara agak terkawal dan mengikut kemampuan rakyat malaysia pada ketika itu.

2. Membebankan rakyat miskin dan yang ramai ahli keluarga. Di negara maju, kupon makanan diberikan [melalui pos/ amek sendiri] kepada mereka yang memerlukan. Dengan kupon tersebut mereka dapat membeli [bagi kupon] makanan dengan percuma dan pembelian dengan 50% lebih rendah dari harga pasaran di pasaraya terpilih.

Andai kerajaan amalkan langkah dua, kita bimbang terdapat penyelewengan di mana pengagihan kupon hanya kepada kroni dan penyokong2 kerajaan sahaja. Sebab itu satu badan bebas yang diwakili rakyat sepenuhnya harus diwujudkan supaya tidak berlaku salahguna kuasa dan penyelewengan dalam proses pengagihan bantuan. 

Apa pun sebagai rakyat, aku rasa sebelum kita sibuk nak laksanakan GST, apa kata kita bersihkan dulu pemimpin dan pentadbiran negara yang korup dan penuh dengan rasuah neh? Terlalu banyak perkara2 yang membabitkan wang rakyat dibazirkan begitu sahaja. Urm.. sampai bila nak bersabar neh?

Di bawah neh sedikit petikan berita tentang pelaksanaan GST di malaysia ;

KUALA LUMPUR 6 Okt — Kerajaan tidak akan membentangkan rang undang-undang yang akan membuka laluan kepada pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan, GST meskipun hari ini ia disenaraikan dalam aturan mesyuarat sidang. 

Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa akta kontroversial itu tidak akan dibacakan hari ini meskipun disenaraikan sebagai rang undang-undang yang ketiga dalam aturan mesyuarat hari ini.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada akan dibahaskan sebaik sahaja Bajet 2012 diluluskan Nazri berkata “kemungkinan juga selepas pilihan raya apa sahaja mustahil ”  -tmi-
Sozcyili : Makanan pun kena cukai.. huhu