t>

Breaking News

Kerajaan mansuh laporan polis untuk sijil, pasport, geran dan lesen memandu

Nampaknya sekarang kalau korang kehilangan ;

sijil kelahiran

pasport malaysia

sijil perkahwinan

sijil akedemik

lesen memandu

geran tanah

perakuan pendaftaran kenderaan [geran kereta]

Korang tidak perlu membuat report di balai polis sebelum meminta untuk buat yang baru. Sebab semua syarat di atas telah dimahsuhkan oleh kerajaan bagi mempercepatkan urusan dan meringkan urusan kerajaan. Sila baca bawah neh ;

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 September lalu.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lalu kerana ia sebenarnya adalah amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang. 


Menurutnya, pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-Lain Agensi'.

"Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

"Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.-bernama-

Tapi kalau korang nak buat laporan polis pun boleh sebenarnya. Ikut suka korang larh kan. Kalau rasa nak cepat kerja, terus mohon yang baru je. Kalau rasa nak buat report polis, boleh je buat. Cuma benda neh bukan lagi kemestian untuk apply yang baru. Aku rasa memang okey kerajaan buat macam neh. 

Sebab kalau baca kat atas tue, dekat 40% laporan polis diterima berkaitan hal neh. Satu peratusan yang tinggi pada hemat aku. Benda neh pun baik untuk kerajaan, polis dan orang awam sebenarnya. So takdelah leceh sangat. Except for ic larh. Aku fikir memang kehilangan ic wajar direport polis sebab kalau hilang ic memang satu masalah besar. Hehehe.

Sozcyili : Kurangkan beban kerja polis supaya dorang leh focus tangkap penjahat.