t>

Breaking News

Malaysia terkeluar dari senarai 400 universiti terbaik

Mungkin perlu dikaji kenapa berlaku kemerosotan neh. Perlukan kajian ilmiah yang mendalam. Bukan kajian salah menyalahkan di antara satu sama lain. Betul tak? 

Baca bawah neh ;

Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, supremo DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

university graduates 260205Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik  40 tempat berbanding tahun 2010.

Empat universiti Malaysia lain yang disenaraikan oleh QS - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) - semuanya mencatatkan kemerosotan.

Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).

Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan.

university degrees not recognised 181105Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351-400.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Ghauth Jasmon pernah dilaporkan sebagai berkata bahawa universiti tempatan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 juta dalam penyelidikan sebelum mampu diangkat sebagai antara universiti terkemuka di dunia.-MKINI-

Nampaknya universiti dari thailand pun ada yang bawah 400? Kenapa dalam ranking QS kita tersenarai tetapi dalam THE = senarai universiti terbaik kita tak tersenarai? Aku rasa mungkin cara ia di ambilkira tue berbeza-beza. Sebab tue dalam ranking QS, universiti dari malaysia tersenarai tapi dalam ranking THE, pemilihan universiti terbaik malaysia terkeluar. 

Satu pun takde. Itupun dalam perbandingan dengan 400 universiti? Dasat gak. Macam aku cakap sebelum neh, perlukan kajian ilmiah yang menyeluruh kenapa tahun neh universiti kita terkeluar. Mungkin setelah kita berjaya kaji permasalahan tersebut, kita boleh atasinya agar tahun depan universiti kita tersenarai kembali.

Sozcyili : Banyak sangat ranking universiti neh..