t>

Breaking News

Pendaftaran isi rumah bawah RM3,000, Disember ini

Rasanya ramai yang dah tahu pasal kerajaan nak bagi bantuan rm500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah dari rm3k sebulan. LHDN mengumumkan dalam satu sidang media bahawa pendaftaran untuk menerima bantuan rm500 akan bermula disember tahun neh. Antara info yang aku dapat ialah antara syarat yang ada ialah pendapatan anak2 yang duduk serumah juga akan diambilkira. Bukan pendapatan ibu-bapa dan suami isteri je. 


Dengar citer mereka yang tiada anak tidak layak mendapat bantuan neh. Neh antara info yang aku dapat. Tapi tak pasti lagi benda neh akan termasuk dalam syarat2 akhir dia ataupun tidak. Dapat neh pun dari member yang kerja sana. Boleh jadi betul, boleh jadi tidak betul. Tunggu pengumuman je lah nanti.


Baca bawah neh ;
KANGAR - Pendaftaran isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500 melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dijadualkan bermula Disember ini. 
Pengerusi LHDN Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, buat masa ini Kementerian Kewangan serta agensi kerajaan berkaitan sedang memuktamadkan mekanisme terbaik bagi pendaftaran dan pelaksanaan bantuan itu. 
"LHDN perlu memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja yang mencukupi disiapkan selewatnya pertengahan November ini bagi membolehkan pendaftaran bermula pada Disember,” katanya kepada media selepas perasmian Wisma Hasil Kangar, di sini hari ini. 
Wan Abdul Aziz berkata, sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dan mereka dijadual menerima bantuan tersebut yang membabitkan peruntukan RM1.8 bilion bermula Januari depan. - Bernama


Sozcyili : Ada kaedah yang lebih baik sebenarnya..