Bas skuad bola sepak Malaysia diserang penyokong Indonesia sebelum perlawanan
Masa rehat. Nasib baik ada gol tadi weh. Aku dah berdebar tadi. Siot
jek. Tapi pape pun sekarang semangat dah naik balik. Layan update jap.
Siang tadi time pasukan negara tiba di stadium geloro bung karno depa
kena serang. Bukan hanya pemain, penyokong dan pasukan media pun
kena serang gak dengan penyokong2 garuda.
Baca bawah neh ;
JAKARTA: PEMAIN skuad bawah 23 tahun negara terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila bas yang mereka naiki diserang oleh penyokong Indonesia ketika cuba memasuki perkarangan Stadium Gelora Bung Karno.
Biarpun polis turut mengiringi bas skuad Malaysia itu namun mereka gagal mengawal tindakan ganas ribuan penyokong Indonesia yang menanti di pintu masuk stadium itu sebelum perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea berlangsung.Turut mengalami nasib yang sama, sebuah lagi bas yang memuatkan penyokong Malaysia dan wakil media yang berada di belakang.
Difahamkan skuad negara membuat keputusan untuk tidak menaiki Barracuda ke stadium kerana pihak penganjur memberi jaminan keselamatan namun sebaliknya yang berlaku.
Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan itu, ribuan penyokong Indonesia berbaju merah mengetuk bas skuad negara dengan menggunakan kayu sambil ada di antara mereka mengejek dan menunjukkan isyarat lucah.
Setelah hampir sejam terkandas barulah bas pasukan Ma laysia dan penyokong berjaya memasuki stadium dengan selamat. -HM-
Hak eley. Itulah pasal pasukan malaysia minta dihantar guna baracuda. Tapi kerajaan Indonesia boh layan pula. Kata depa, tiada apa2 yang akan berlaku. Siap bagi jaminan keselamatan lagi. Selamat apa macam neh? Macam nak membunuh pasukan malaysia jek?
Orang nak bersukan je lah oi. Dah larh tue. Hentikan provokasi anda. Andaikata Malaysia menang emas dalam perlawanan yang sedang berlangsung neh, minta tolong penyokong2 Indonesia jangan panas. Ada banyak peluang2 selepas neh. Baik Malaysia ataupun Indonesia, kalah or menang adat pertandingan. Kalah kali neh, boleh cuba lagi akan datang. Jangan pasal bola pulak sampai nak berperang bagai.
Namun.. aku doakan pasukan Malaysia menang. Itu yang paling penting sekarang.
kah kah kah
Sozcyili : Harimau mengaum..