13 Produk Makanan Di Kedai Rakyat 1Malaysia Tak Penuhi Spesifikasi kesihatan.
Minta alert kepada rakan2, sedara mara, ahli keluarga anda yang dah membeli produk2 yang dinyatakan di bawah neh ;
1. Susu segar.
2. Susu sejat [susu tin]
3. Kari ayam tin
4. Minyak sapi.
5. Sos tiram
6. Susu pekat manis [susu tin]
7. Sardin tin
8. Sos tomato
9. Kordial mangga
10. Jem buah-buahan [semua perasa]
11. Mentega kacang ranggup [dipercayai jem]
12. Mentega kacang berkrim [dipercayai jem]
13. Kacang tanah.
Agar jangan makan. Dan lebih baik returnkan product neh untuk tuntut wang anda semula. Jadilah pengguna yang bijak. Sebagai pengguna kita berhak menyoal mana2 peniaga yang menjual product yang menjejaskan kesihatan kita.
Bayangkan yer, sebelum neh dah berapa ramai yang makan dan beli product neh? Sejauh mana benda neh memberikan kesan kepada kesihatan masing2? Jangan pandang rendah pada tubuh badan sendiri. Tubuh badan sendiri juga berhak dijaga dengan rapi. Dan adalah amat malang jika kita biarkan tubuh badan sendiri menjadi testimoni kepada peniaga2 yang rakus dan tamak haloba.
Berpandukan kepada laporan di mstar bawah neh, segeralah pulangkan balik product2 yang telah dibeli dan tuntut gantirugi anda. Ingat, jadilah pengguna yang bijak. Jangan biarkan diri sendiri ditipu oleh mereka2 yang pentingkan diri sendiri.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan sos tomato.
Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.
Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M.
Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis.
Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta. -MSTAR-
Bawa bukti printscreen neh dan minta balik wang anda.
Sozcyili : Peniaga jahat tamak haloba.