KFC Malaysia di maki oleh orang ramai.
Kecoh !
Itulah yang sedang berlaku di facebook kfc malaysia sekarang neh. Semua neh berpunca gara2 kfc yang membatalkan promosi terbaru mereka selepas hanya satu hari [atau mungkin hanya beberapa jam ]dilancarkan sahaja. Lihat bawah neh ;
Ini lah " kupon " punca kemarahan pelanggan kfc di facebook sekarang. Kisahnya begini. KFC Malaysia telah mengadakan promosi online yakni sesiapa sahaja boleh print out coupon di atas neh dan redeem burger free [dengan syarat tertentu] sehingga tempoh sah promosi iaitu 15hb 2012.
Tetapi sayangnya, selepas beberapa jam dilancarkan kfc membuat pengumuman bahawa tempoh promosi telah berakhir akibat kehabisan stok [telah mencapai had jumlah yang ditetapkan].
Hahahha..
Nampaknya ia benar2 mendapat sambutan yang hebat. Dan mungkin kfc sendiri pun tak expect sambutan yang luar biasa hebat neh. Dan hasilnya selain daripada mendapat sambutan hebat ketika announce kupon free, kfc juga mendapat bonus promosi percuma. Yakni para pelanggan setia kfc kini mula menyebarkan "promosi" secara percuma betapa kedekutnya dan efisennya kfc dalam menipu para pelanggan mereka.
Lihat antara komen2 di bawah neh ;
Lebih banyak lagi komen2 disini. Yang lucu ada, yang marah ada, yang mengamok ada, yang memaki pun ada. Hahaha..
Benda neh actually normal. Biasalah kadang2 strategi marketing tak kena. Elok juga kalau kfc buat kenyataan rasmi dan minta maaf betul2. Bukan melalui facebook kerana ia mungkin tidak memadai. Bukan apa, kadangkala dorang neh marah sebab dah penat2 print dan sebagainya last2 tak dapat apa. Itu sebab main lepas seme di wall.
Lagi satu, sebagai syarikat fastfood yang popular di malaysia, harap2 kfc boleh alert isu neh. Jangan lagi diulangi perkara yang sama. Biasalah syarikat besar, pelanggan ramai jadi nak buat apa pun kenalah fikir betul2 kan? Jangan sampai ayam pun berdemo plak. Hhahaha..
Sozcyili : Nasib baik terlepas.. kalau print sia2 jek.