t>

Breaking News

Roti Massimo itu halal ka?

Isu neh ramai yang tak faham. Bila tak faham mula larh jadi salah faham. Yang orang kecohkan isu gardenia yang dibekalkan tepung yang konon nya ada dna babi sehingga gardenia reject beli tepung dari roberk kuok. Roberk kuok bekalkan tepung dari china. Maybe roberk kuok pun terkena gak dengan supplier tue. Tak kesah lah jalan citer dia macam mana tapi apa yang tersebar di internet adalah versi yang neh.

Samada versi neh versi yang benar ataupun tidak benar itu aku tatau. Baca boleh, percaya? Ikut hak masing2. Yang peliknya kenapa ada yang cakap roti massimo neh ada dna babi pula? Siap tepung dan minyak pun dikaitkan ada dna babi semata2 kerana roberk kuok punya syarikat yang keluarkan product2 tersebut?

Lihat jawapan balas jakim berhubung status halal mengenai beberapa product yang konon nya dikeluarkan oleh syarikat roberk kuok. Konon nya product tersebut ada dna babi tapi jakim sahkan bahawa ia halal.

Aku dah cakap. Benda neh berpunca daripada beberapa orang yang sangat perkauman bila bernas batalkan pembelian tepung dari roberk kuok. Ini ialah strategi bisnes. Bukan urusan kita nak campur bagai tentukan samada keputusan dorang itu betul ke tak betul ka apa. Ini bisnes orang. Ko dan aku sapa pula nak menyemak dalam2?

Sama juga dalam isu cina2 yang boikot insiden disebabkan agenda racist. Melayu2 pun tak boleh nak racist. Kalau nak terangkan bahawa ada sekumpulan cina2 yang racist cuba memainkan sentimen perkauman okeylah. Tapi tak perlu larh sampai mengatakan bahawa product2 roberk kuok neh berdna babi. Lagipun kita tak pasti samada kisah neh benar atau salah. 

Tah2 neh taktik bagi kita semua bergaduh dan sebagainya. Ingatlah, bahan bacaan di internet neh, kita boleh baca. Tapi cara mana kita nak tafsir itu kena guna akal masing2. Jangan percaya sehingga ia terbukti benar2 sahih. 

Perkauman neh yang dimulai oleh sekumpulan orang cina yang racist, tidak boleh dibalas racist oleh orang2 melayu pula. Tunjukkan diri kita ada akhlak yang murni dengan membidas cara mereka yang salah itu bukan pergi ikut perkauman sekali. Salah faham tidak boleh diteruskan dengan menambahkan salah faham sebaliknya ia perlu diperbetulkan.

Ada baiknya kalau orang2 melayu disana terangkan dengan berhemah kenapa gardenia berhenti bekalkan tepung kepada roberk kuok. Isu neh isu peribadi syarikat masing2. Jangan setiap isu pun nak kaitkan dengan perkauman.

Sumber : wall rakan fb.

Sozcyili : Kesan pecah dan perintah.