Isu pencuri motor yang dibelasah di youtube ! [VIDEO INSIDE]
Selalu macam neh kan? Bila kita angkat satu2 isu tue mesti ada je puak2 yang suka spin alih topic ke lain. Orang cite pasal pencuri dibelasah sebab mencuri motor nanti ada lak puak2 yang akan bagi komen yang takde kena mengena dengan isu pun. Bosan!
Isu neh sebenarnya isu panas gak. Cuma isu neh bawah sikit dari isu pekerja kfc kicking customer. Lihat video di bawah neh ;
Pak guard neh memang nampak macam over. Tapi kan selepas dibelasah dan dibelasah nampaknya dia masih ada tangan dan kaki yang sempurna lagi betul tak? Ha Ha Ha..
Memang kalau ikut SOP pun kena lapor pada polis terlebih dahulu. Bukan main belasah jek. Walaupun terbukti depan mata dan sahih dia memang seorang pencuri. Sebab kita tetap perlu dengar keseluruhan jalan cerita sebelum jatuhkan apa2 hukuman.
Kalau tengok muka budak yang dipercayai mencuri motor neh..nampak macam ahti kering. Berani lagi angkat muka dan takde langsung ciri2 muka rasa bersalah bagai. Silap2 dia neh kot individu yang mencuri motor dan laptop adik aku tahun lepas. Tahun lepas rumah sewa adik aku dimasuki pencuri. Habis motor dan laptop dua bijik. Memang bengang ar aku. Bila nak pergi kl tak dapat pinjam laptop dia. Takpelah.. benda dah lepas. Aku pun dah nak beli GST. Lupakan..
Cuma yang tak gemar dibaca di ruangan komen youtube tue ialah komen2 yang berunsur kenegerian. Adoii. Inilah masalah sesetengah orang. Orang cite pasal pencuri nanti dia cite pasal kelantan. Orang cite pasal pencuri kena belasah nanti dia cite pasal kelantan dan pas. Boleh nampak tak macam mana sesetengah pemikiran rakyat malaysia yang kerja dia suka kait mengait dua isu yang tak related dan jadikan ia seolah2 ia related? Ini juga antara skill2 yang digunakan untuk menyebarkan perkara2 tertentu yang kononnya ada kaitan freemason dan illimunati di malaysia neh.
Dia asal dari kelantan adalah sebahagian dari fakta kehidupan dia jek. Dia pencuri mewakili diri dia bukan mewakili orang kelantan. Semalam aku ada nampak satu komen biadap yang terang2 hina kelantan secara keseluruhannya tapi nampaknya orang yang upload youtube dah tukar keterangan dalam video terbabit dan remove komen yang sangat biadap itu. Takpelah. Tutup kisah tersebut.
Cuma nak ingatkan disini. Janganlah kerana ada sorang dua pencuri yang berasal dari kelantan anda jadi marahkan kelantan. Janganlah hanya kerana kelantan duduk di bawah pas, anda bencikan kelantan. Politik ka, sikap ka apa ka itu seme nya bukan isu2 yang boleh ditimbulkan untuk membenci kelantan pun. Kelantan masih lagi sebahagian dari malaysia. Tak suka pencuri dari kelantan takpe. Tapi jangan disebabkan pencuri tue, kelantan pula yang jadi mangsa. Itu jek.
Sozcyili : Kerja lah.. jangan mencuri harta org lah weh..