t>

Breaking News

Kenapa Erykah Badu yang hina Islam dibiarkan buat konsert di Malaysia?

Penyanyi neh telah menimbulkan konflik sebab dia menggunakan kalimah Allah swt sebagai tatu. Konon nya atas nama seni dan perhiasan. Aku taktau dia neh orang islam ataupun bukan tapi aku rasa bukan kot. Actually tak pernah dengar pun nama penyanyi neh.

Lihat bawah neh ;


Ini gambar asal erykah yang dipetik dari laman rasmi dia. Info neh dishare oleh pembaca blog neh. Dia telah screenshot beberapa gambar untuk dijadikan asas kenapa kehadiran konsert erykah neh boleh menimbulkan pertikaian di kalangan orang islam di malaysia.

Sila perhatikan betul2 apa yang tertera di badan nya. Ada persamaan dengan kalimah Allah swt bukan? Sekarang lihat bawah neh pula ;


Gambar kalimah Allah swt itu telah dihilangkan. Ini bermakna pihak penganjur sedang cuba menipu dan memperbodohkan umat islam malaysia demi keuntungan mereka. Mereka tahu kewujudan tatu itu akan membuatkan umat islam malaysia berasa marah.

Dan terbaru dari harakahdaily. Lihat bawah neh pula ;


Ini petikan dari the star yang menyiarkan artikel mempromosikan konsert erykah yang bakal berlangsung di kuala lumpur. Cukup, bukan kami nak marah melulu tetapi rasanya erykah neh harus diberikan warning keras kerana mempermainkan2 sesuatu yang sangat sensitif bagi umat islam bukan? Apa kata anda?


Sozcyili : Mereka suka seni.. tapi dalam masa yang sama mereka suka buat seni yang menganggu sensitiviti orang lain.