Gambar-gambar menarik penyokong The Red Warriors.
Maaf, jika perkongsian neh akan menyakitkan ahti sesetengah pihak. Bukan nak menunjukkan rasa riak ataupun berlagak sekadar nak memberitahu bahawa meminati bola sepak tidak salah asalkan kita tahu menyalurkan minat kita dengan betul.
Gambar-gambar neh diperolehi melalui email, kiriman ke inbox saya beberapa hari yang lepas. Lihat bawah ;
Menurut pengirim email, tikar dan kemudahan air sangat senang diperolehi bagi memudahkan penyokong2 the red warrior bersolat di kawasan stadium. Mungkin juga kerana jarak surau yang jauh ataupun kapasiti surau yang mungkin tidak boleh memuatkan jemaah yang ramai menyebabkan mereka bersolat di luar kawasan surau.
Apa pun ini satu contoh yang baik. Ramai juga yang selalu komen alah.. tengok bola sepak beria2 sampai tinggal solat dan etc2. Nampaknya mereka kena tarik balik lah komen mereka semula. Walaupun datang awal ke stadium [sebelum maghrib] nampaknya solat tetap di utamakan.
Solat memang mudah. Di mana2 sahaja boleh bersolat asalkan kita memenuhi syaratnya. Yang baik dijadikan ikutan yang buruk dijadikan teladan. Bai.
Sozcyili : Minat bola minat juga.. tapi solat tetap jalan geng..