t>

Breaking News

Mangsa culik sebenarnya lari dari rumah ikut kekasih.

Herm..

Kenapa lah buat kerja sia-sia macam neh? Tahu tak berapa ramai yang prihatin bila awak diculik kemalrin? Mungkin budak neh taktau kot. Elok gak kita terangkan sikit kat dia.

1. Mula2 ada orang yang baca news kehilangan adik nurfatihah di metro.

2. Then dia buat poster untuk disebarkan.

3. Dapat kat facebookers, kita seme sebarkan untuk memastikan ramai orang alert dengan berita penculikan tersebut.

4. Yang ada twitter dan blog pun pakat2 sebarkan.

5. Ada yang guna bbm. SMS takde kot.. kalau ada sorry lah tak pernah dengar lagi..

Pendek kata kita seme sebagai rakyat malaysia neh cuba sedaya upaya untuk prihatin dengan situasi awak. Tapi last2 awak menipu family awak sehinggakan family awak mendapat malu tak pasal2 dengan tindakan melulu awak. Adoii. Cuba lah fikir dengan matang. 

Kalau ye pun dah sayang sangat, tunggu habis belajar lepas tue minta izin dengan family untuk dinikahkan. Lepas tue nak lari ikut suami pergi mana2 pun lantak le. Janganlah buat kerja2 yang merisaukan family dan sekaligus menyusahkan sesiapa. Kan tak elok macam tue?

Kepada remaja2 di luar sana, tolong jangan ikut jejak langkah adik nurfatihah neh. Kita bukan doakan yang buruk2 terhadap orang2 yang hilang neh ek.. tapi kita tak harap lah bila kita dok sebar itu sebar ini last2 kantoi sebab lari rumah. Kita takmo terlibat lah dengan kes2 lari rumah ikut kekasih sampai abaikan perasaan ibu bapa neh. Malas nak campor. Tolong faham.

Baca berita di bawah neh ;

Seorang pelajar, Siti Nur Fatihah,15, yang dilaporkan diculik pada Ahad lalu ditemui selamat di sebuah rumah di Merchong dekat Pekan semalam. 

Fatihah ditemui selepas polis menahan seorang pemuda berusia 20-an dikawasan Merchong pada pukul 4.30 petang. Jarak lokasi mangsa hilang diTaman Tas, Kuantan dengan tempat mangsa diselamatkan kira-kira 100 kilometer.

Sumber memberitahu selepas ditahan, lelaki yang dipercayai kekasih mangsa membawa polis kesebuah rumah yang menempatkan Fatihah. Rumah tersebut adalah milik keluarga lelaki itu.

"Mangsa mengaku dia keluar dari rumahnya untuk mengikut lelaki itu dengan rela hati", kata sumber itu ketika dihubungi disini malam tadi.


Siasatan mendapati lelaki yang ditahan itu merupakan kakitangan kerajaan yang bekerja di Alor Setar, Kedah dan pulang ke Pekan untuk bercuti.

Difahamkan, kehilangan mangsa telah dirancang oleh pasangan tersebut dan tindakan Fatihah keluar ke kedai merupakan satu helah mangsa.
Sehingga malam tadi, suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut manakala mangsa pula akan dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam pada itu, Nor Mala berkata, dia tidak percaya Fatihah dilarikan diri dari rumah kerana anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang taat kepada keluarga. -mt-

Sozcyili : Kecik2 lagi dah pandai merancang penculikkan sendiri? Dasat..