t>

Breaking News

Page Sokerleaks kena serang sebab persendakan Ayat Alquran?

Laa.

Ingatkan page bola. Bukan ke? Aku like page tue apa. Tapi dah tukar jadi page bergaduh sesama sendiri sebab sepotong ayat ek?

Hahaha..

Lihat bawah neh ;



Dengan mengambarkan mana2 petikan ayat dalam Alquran, admin menulis sesuatu untuk tujuan bergurau semata2. Sudah tentu admin tiada niat nak mempersendakan Alquran. Aku percaya admin tersebut tiada niat sebegitu. Tetapi sayang, kaedah gurauan itu tidak tepat kerana kiasan / sindiran seperti itu tidak boleh di anggap permainan.

Kenyataan admin sokerleaks di atas neh bukanlah terkandung dalam mana2 ayat Alquran. Kita seme tahu tue. Tetapi admin tersebut mengambarkan petikan ayat tue dengan cara ayat Alquran dipetik. Sudah tentu ia menimbulkan pertikaian dan konflik. Faham tak kenapa ia menjadi satu isu? 

Contohnya ko amek satu ayat Alquran then ko ubah. Asalnya ko nak meniru cara susunan ayat tue supaya ia nampak cantik tapi sayangnya cara tersebut salah sebab walau macam mana pun ko buat ia tetap ada persamaan dengan cara ayat Alquran dipetik dan ini tentu akan di anggap mengubah ayat Alquran walaupun ko berbuat demikian atas niat untuk bergurau senda.

Sekarang neh dah takde epik2 lagi dah der. Benda sensitif macam neh tak boleh dibuat gurauan der.. macam mana nak settle? Buang status dan minta maaf lah der. Kang jadi besar macam mana? Jangan pula jadi kes polis dan masuk tv.. kang sendiri gak susah der..

Sozcyili : Bergurau kena tahu batas..