t>

Breaking News

Tiada lagi drama mengenai maknyah, gay, pondan dan lesbian di kaca tv mulai kini.

Jika ini satu perkara yang benar, syabas diucapkan. 


Dah lama tunggu kerajaan prihatin isu neh. Sebenarnya aku bukan kolot apa. Tapi siyes kalau tengok watak2 pondan di tv apa seme aku tak boleh. Aku merasakan itu sangat sampah. Maksud aku gelinya tengok lelaki menyamar pompuan bergedik2 bawa watak tertentu. Siyes, ia benar2 mengelikan walaupun atas nama lakonan, hiburan dan lawak semata2.

Aku taktau lah kalau korang ada pandangan yang lain tapi aku sendiri secara jujurnya menganggap bahawa perkara2 itu adalah punca kepada merebaknya perkara2 songsang di malaysia neh. Contohnya macam neh ;

Apabila ada drama pasal maknyah diterbitkan di tv. Lepas tue sudah tentu lah drama tue akan memaparkan sisi maknyah yang dianiaya apa seme. Jadi ini akan memberikan peluang kepada rakyat untuk tidak membenci perlakuan maknyah secara membabi buta. Ini juga akan mengakibatkan kita ada pandangan positif terhadap maknyah. Dan bila ini berlaku sudah semestinya maknyah akan semakin berani memaknyahkan diri nya di malaysia neh.

Jangan salah faham. Aku tak ajak dan dorong orang ramai agar benci maknyah. Aku sendiri pernah berkawan dengan maknyah sebelum kami terputus hubungan. Agak rapat sebenarnya hubungan kami. Apa yang aku minta ialah permasalahan neh harus dirawat. Aku hanya mahu memahamkan orang bahawa promosi yang luas terhadap golongan2 neh sebenarnya membantu mereka merebak bukan membendung aktiviti mereka. Itulah yang dilakukan oleh drama2 di tv apa seme.

Contohnya drama yang mengajar maknyah neh beralasan. Maksud aku, drama2 tv selalu lah buat watak sedih konon nya maknyah neh dipakai baju pompuan oleh ibu bapa nya time kecik apa seme.. lepas tue kena rogol apa seme lah.. jadi ini memberikan peluang kepada maknyah2 di luar sana yang mana mereka juga akan memandai2 bagi excuse yang sama. Sebab nak cari simpatatik masyarakat.

Mereka akan cakap kena rogol lah, salah keluarga apa seme. Aku tak kata semua maknyah pembohong dan penipu dalam memberikan alasan kenapa dorang memilih jadi maknyah tapi maknyah yang aku kenal tue sendiri pernah bagitau aku rata2 maknyah memang saja bagi alasan kena rogol ataupun dipakaikan baju pompuan oleh ibu bapa semata2 nak raih simpati. Demm. Aku terkejut gak time tue.

Yang sebenarnya, aku percaya maknyah = lelaki yang bertukar jadi pompuan neh sebenarnya takde bimbingan yang betul sehingga memaksa mereka jadi begitu. Persekitaran tak membantu mereka pulih sebab persekitaran lebih suka menghukum dan mendenda mereka. Yang tue aku tak nafikan memang berleluasa di malaysia. Tapi dengan mempromosikan mereka di kaca tv apa seme pun tak betul juga. Itu lagi mendorong kepada penghasilan maknyah secara terbuka. 

Harus di ingat lelaki takan mudah bertukar menjadi pompuan der. Sama juga dengan gay, lesbian apa seme. Takan pakai baju pompuan boleh membuatkan ko jadi pondan bapok terus apa seme kan? Sudah semestinya ia ada kaitan dengan kecenderungan nafsu. Maksud aku dalaman individu2 yang terlibat dalam kegiatan songsang neh. 

Nak merawat dalaman neh bukan macam merawat kudis apa seme. Sekali nampak kudis neh jenis apa2 dah boleh detect ubat. Tidak. Ia memerlukan satu tempoh dan kaedah yang tertentu. Dan setiap dari mereka yang terlibat dalam permasalahan macam neh sebenarnya mempunyai sebab2 yang berbeza. Bukan seme sama. Jadi cara nak merawat pun berbeza2 juga. Adalah dicadangkan agar kerajaan tubuhkan satu pusat untuk merawat masalah neh. 

Ingat, kita tak boleh terus nak hukum mereka. Apa yang boleh kita buat sekarang neh ialah sekat mereka agar tidak lagi sebebas dulu, bendung aktiviti2 yang seringkali mempromosikan mereka sebagai mangsa2 yang teraniaya dan rawat mereka sehingga pulih.  Inilah pandangan aku. Aku tidak benci individu tapi perlakuan. Perlakuan mereka sebenarnya mengubah fitrah alam. Suka tak suka kena terima kerana itulah hakikat yang tak boleh di ubah.

Sozcyili : Pencegahan dah tak relevant sekarang untuk membendung dan merawat..