t>

Breaking News

Selamat tinggal kosmo dan utusan, anda lucah sangat!



Sapa ada beli paper semalam? 

Buat pertama kalinya dalam sejarah utusan dan kosmo menyiarkan gambar lucah yang dipercayai membabitkan pemimpin kanan pembangkang iaitu azmin ali. Tindakan utusan dan kosmo langsung tidak menapis gambar2 tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai. 

Yelah, namanya akhbar kan? Benda yang orang biasa beli untuk ambil input2 mengenai isu semasa. Dan paper tue pula benda yang memang menjadi bahan public, kat mana2 pun senang dibeli dan diperolehi serta mudah dinampak orang. Jadi tindakan utusan dan kosmo yang menjaja gambar lucah secara terangan2 tanpa tapisan dan sensor amatlah tidak wajar.

Bayangkan ye, apa pandangan budak2 sekolah yang baca suratkhabar tue di sekolah2 mereka? Bukan kah akhbar2 tue diberikan percuma di sekolah2 milik kerajaan? Ada jek kat library sekolah2 kan? Fikirlah.. apakah kesan nya ke atas budak2 sekolah yang masih mentah dan muda remaja neh. 

Namanya paper tapi dijaja cerita lucah dan porno kepada masyarakat tanpa memikirkan kesan baik dan buruk satu2 perkara. Tak salah nak melapor apa seme tapi biarlah bertapis sikit gambar2 dalam tue. Ataupun tak payah siarkan gambar pun takpe. Ini tidak, jadi muka depan satu hal, siap tayang gambar tanpa sensor tue satu hal pula. Takde rasa malu ke dok pongpang2 bercerita pasal akidah sana sini tapi dalam masa yang sama mengangkat2 cerita yang belum tentu sahih?

Itu tak masuk lagi laporan pemberitaan yang berat sebelah. Apa pun tak boleh larh sekarang neh. Apa pun tak boleh. Fikirlah.. kalau amek tahu hal politik sket, hal pemimpin sket mula lah dicop tak kenang budi lah apa lah penyokong seks bebas lah tapii.. bila diri sendiri sebarkan gambar lucah apa seme guna paper masa tue akidah ke mana islam ke mana. 

Urmmmmmmm........ sudah2 lah tu utusan dan kosmo. Kalau nak tulis berita pun biarlah beretika dan mematuhi standard kewartawanan. Jangan sampai orang pandai hina ke atas wartawan2 dari utusan dan kosmo. Macam ahli perniagaan kat atas neh. Kan dah hilang bisnes angkara sebarkan porno tak tentu hala. 

Sozcyili : Orang jahat suruh kita anggap dia orang baik..