Sila keluar Felda Jika Kutuk Kerajaan - Azalina Othman.
Gambar di atas neh gambar YB pengerang iaitu Azalina Othman sedang menyampaikan "durian runtuh" bernilai rm15k kepada setiap warga felda yang layak menerimanya. Dalam satu sidang media, Azalina Othman telah membuat satu kenyataan bahawa ;
KOTA TINGGI – Mereka yang mengutuk kerajaan dicabar untuk keluar daripada tanah rancangan Felda kerana mereka tidak diperlukan di dalam kawasan tersebut.
“Saya nak cabar mereka yang mengutuk kerajaan Umno agar jangan ambil duit durian runtuh ini. Bawa anak dan isteri keluar daripada tanah rancangan Felda kerana kita tidak perlukan mereka. Ramai lagi yang mahu masuk Felda,” katanya
Azalina turut menafikan durian runtuh dan juga durian gugur yang diumumkan Perdana Menteri buat masyarakat Felda itu adalah untuk memancing undi.
“Duit yang diberikan kerajaan ini bukan untuk pancing undi. Bukan duit rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu, sebaliknya ia adalah duit jaminan daripada kerajaan bahawa peneroka Felda akan dapat keuntungan dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke bursa Malaysia.
“FGVH disenaraikan agar peneroka Felda dapat pembelaan di bawah satu payung untuk mengaut kekayaan. Di mana dengan penyenaraian FGVH ini bakal memberikan keuntungan yang besar buat masyarakat Felda sendiri," katanya.
Tambahnya, di bawah kepimpinan Perdana Menteri sekarang, penduduk Felda sepatutnya berasa beruntung kerana sentiasa diberikan keutamaan.-fb azalina-
Macam mana baca statement kat atas neh tetap tak kena juga. Orang bila komplain pasal penyenaraian saham felda bukan bermaksud nak kutuk kerajaan. Orang cuma bagi side effect ataupun lebih tepat kesan2 akibat daripada penyenaraian tersebut. Mestilah kita kena mempertimbangkan kesan baik dan buruk sebelum bertindak melakukan sesuatu.
Lagi satu, pandai2 jek cakap kerajaan mengutamakan warga felda. Kalau difahami betul2, nampak kerajaan cuma mementingkan warga felda manakala warga bukan felda diabaikan? Ye ke? Bayangkan perasaan warga bukan felda kalau terbaca statement seperti neh? Nampak sangatlah azalina baru sahaja mengiyakan wujud layanan dikriminasi terhadap rakyat malaysia, betul tak?
Last, berkenaan suruh keluar felda kalau kita memberikan pendapat yang berbeza. Rasanya pernah kah Allah swt menghalau azalina bila azalina tidak menutup aurat? Itu jek nak tanya. Sebelum sibuk pongpang2 pasal bersyukur ke tidak, tepuk dada dan tanya diri sendiri sejauh mana kita sendiri benar2 bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan. Jangan suka2 nak hakimi orang kalau diri sendiri pun tak menunjukkan tauladan yang betul.
Sekurang2nya mereka2 yang complain tue tahu juga nak bersyukur pada yang Maha Esa.. betul tak? Sama2 fikirkan ye..
Sozcyili : Main halau2 pula..