t>

Breaking News

Bayi 4 bulan yang hilang rupanya mati ditekup.

Sumber dari paper online the star. Baca kat sana malam semalam. Bayangkan ek budak 4 bulan mati ditekup? Budak 4 bulan tahu. 4 bulan. Apa budak 4 bulan tahu buat? Apa pun dia tak tahu buat.

Pada mula nya ramai orang menyangka bahawa budak tersebut mati dicekik oleh orang lain [penjenayah] yang mungkin berniat mencuri kereta suspect. Namun, sekarang spekulasi baru timbul. Kemungkinan besar budak 4 bulan mati ditekup oleh individu yang menjaga dia sendiri iaitu pengasuhnya.

Ini kerana polis mendapat maklumat bahawa pengasuh yang sama pernah terbabit dalam satu lagi kes kematian yang melibatkan bayi di bawah jagaan nya. Polis sedang menyiasat bagi mencari kaitan antara kedua2 kes tersebut. Kalau korang nak tahu citer asal dia begini.

Suspect berusia 42 tahun yang juga pengasuh bayi neh memberitahu kepada polis bahawa dia diculik oleh 3 lelaki yang dipercayai mahu merogolnya ketika sedang menampal iklan mencari pengasuh. Bayi 4 bulan [rujuk gambar di bawah] yang dia jaga, ditinggalkan bersendirian dalam kereta proton wira miliknya.

Dia kemudian nya dibawa masuk ke dalam kereta penjenayah namun berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kereta tersebut sehingga menyebabkan dia patah kaki dan cedera di beberapa bahagian. Dia bernasib baik kerana ditemui oleh orang yang lalu lalang yang kemudian nya membawa dia ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Namun bayi jagaan nya hilang bersama2 kereta miliknya sebelum ditemui mati di dalam kawasan belukar oleh orang awam yang berjogging di kawasan sekitar akibat di tekup. Mangsa yang juga suspect menceritakan hal tersebut kepada keluarga bayi tersebut namun keluarga bayi tersebut berasa curiga dengan cerita suspect.

Lihat lah wajah comel bayi yang dibunuh kat bawah neh ;

Kisah sebenar aku tatau. Samada dia benar2 dibunuh oleh pengasuhnya ataupun dia dibunuh oleh orang lain. Tapi tak kira lah sapa pun bunuh dia, memang orang yang bunuh dia tue BABI.

Sebenarnya kes yang melibatkan pengasuh neh dah banyak. Dah banyak keluarga yang menjadi mangsa oleh sikap pengasuh yang tak bertanggungjawab. Ada yang cacat, ada yang sakit, ada yang patah itu neh, dan ada yang mati. Hilang nyawa. Ingat senang meh nak mengandung dan melahirkan anak last2 mati dibunuh pengasuh?

Memang itu satu kejadian yang menyedihkan.


Namun dalam masa yang sama persekitaran kita juga tidak selamat. Kita benar2 tidak selamat di negara neh walaupun pm kita sentiasa bercakap malaysia ialah negara yang aman damai. PDRM sentiasa berbangga2 mengatakan bahawa malaysia ialah sebuah negara yang selamat.

Sudah sampai masa nya untuk PDRM mengerahkan anggota mereka melakukan rondaan 24 jam sehari, non stop di semua kawasan yang wujud di malaysia neh. Bagi kawasan2 hitam yang cenderung berlakunya jenayah, harus lebih banyak anggota ditugaskan untuk meronda di sana. Dan pasang juga CCTV disemua tempat yang wujud di malaysia.

Lakukan secara sistematik jangan buat kerja cincai boncai. Jika kos besar diperlukan untuk memastikan keselamatan rakyat awam terjamin, aku percaya tiada mana2 rakyat akan marahkan PDRM. Kami mahukan jaminan keselamatan di malaysia neh. Ataupun sekurang2nya kami mahu penjenayah tahu bahawa mereka tidak boleh melakukan jenayah sesuka ahti lagi pada masa akan datang.

Tak guna duduk di pejabat ataupun pondok sahaja. Jenayah berlaku di mana2. Buat apa tunggu jenayah dapat melapor di balai kalau polis boleh melakukan rondaan berkala? Kita sedia faham bahawa jenayah mungkin tidak boleh dicegah sehabis-habisnya tetapi sekurang2nya jika PDRM melakukan rondaan, ia dapat mengurangkan kadar jenayah di malaysia.

Tak kiralah sapa pun yang bunuh bayi neh, samada oleh suspect = pengasuh dia, mahupun penjenayah, sudah sampai masanya untuk PDRM dan kerajaan melakukan satu tindakan yang drastik untuk membendung kes jenayah yang melibatkan bayi. Manusia itu bukan manusia lagi kalau bayi pun sanggup dibunuh.

Sozcyili : Samada pengasuh ataupun penjenayah yang bunuh bayi tersebut, dia memang benar2 BABI.