Lagi bangunan runtuh di Terengganu, 2 terperangkap!
Kali neh membabitkan astaka. Astaka neh masih lagi dalam pembinaan tapi belum sempat siap dia dah runtuh dulu. Sebenarnya kes keruntuhan bangunan di terengganu bukan perkara yang luar biasa.
Sebelum neh beberapa runtuhan yang melibatkan bangunan di terengganu pernah disiarkan oleh media massa dan yang paling kecoh dan popular sekali semestinya bumbung stadium yang runtuh selepas dirasmikan oleh menteri ketika itu.
Disebabkan terlalu banyak bangunan yang runtuh di terengganu, maka ramai lah yang mula mengelarkan terengganu dengan panggilan terengganu darul runtuh. Sebenarnya panggilan itu kurang sesuai.
Ada juga orang2 terengganu yang kecik ahti dengan label tersebut, namun ada juga yang tak kisah. Mungkin sebab dah menyampah dengar dan baca berita2 keruntuhan bangunan di terengganu.
Baca sedikit petikan berita yang di ambil dari sinar kat bawah neh ;
BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.
Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.
Pasukan penyelamat masih bertungkus lumus untuk mengeluarkan dua lagi mangsa yang masih terperangkap.
Sebenarnya tatau lah boleh ke tak boleh nak share perasaan neh. Kenapa ek, di terengganu seolah2 banyak sangat bangunan yang runtuh selepas umno berjanji akan membina kemajuan dan pembangunan untuk rakyat terengganu sejurus berjaya merampas kembali terengganu pada pru ke 11?