Adik dibelasah akibat pertahan abang – Peserta Bersih
Mesti peserta bersih akan dipadanmukakan oleh peng-ANTI2 BERSIH.
KUALA LUMPUR 23 Julai: Saksi memberitahu, beliau turut dibelasah dan dikejar sekumpulan polis gara-gara cuba menghentikan keganasan anggota terbabit dari terus memukul abang kandungnya pada Himpunan Bersih 28 April lalu.Hanafi Ahmad Zainuddin, 34, merupakan adik kepada saksi pertama pendengaran awam sidang keempat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, Hanif Ahmad Zainuddin, 36.“Ketika kami sedang duduk dalam kumpulan, tiba-tiba datang sekumpulan polis ke arah kami dan kemudian menarik abang saya,” kata Hanafi.“Kumpulan polis dalam lingkungan 10 hingga 15 orang itu terus menerus membelasah abang saya sampai dia tak berdaya,” katanya lagi.Menurut Hanafi, apabila dia melaungkan ‘berhenti pukul abang saya’, polis tersebut bertindak menyerangnya pula.“Tiga hingga empat anggota kemudian menyerang saya, tumbuk muka dan hentak belakang saya. Nasib baik saya berjaya larikan diri,” jelas beliau.Hanafi kemudian menuju ke arah Pasar Seni dan menyembunyikan diri sebelum pulang menaiki LRT.
MOTIF PDRM membelasah tidak dinyatakan. Pendengaran awam berhubung salah laku polis mendedahkan banyak perkara yang diluar pengetahuan kita. Nampaknya, aku juga kena jadi saksi neh sebab aku menyaksikan beberapa perkara yang aku sendiri tak faham.
Contohnya isu sembur air di sepanjang laluan jalan berdepan jalan sogo tue sampai ke masjid jamek. Aku tak faham motif serangan ke atas aku dan rakan2 [peserta2 bersih] aku di laluan belakang. Aku sungguh tak faham sampai sekarang. Kalau serangan di dataran merdeka disebabkan ada orang langgar sekatan maka apa sebab pula serangan ke atas kami yang tak faham apa2 dan tiba2 jek kena lari macam orang bodoh?
Nyatakan.