t>

Breaking News

Anak selamatkan ibu bapa yang terbakar





Selalu kita terbaca kes anak derhaka la, anak tikam bapa lah, anak samun ibu lah, anak lari rumah dan sebagainya di dada akhbar kan? Tapi kali neh kita ada kes yang lain pula. Kisah keberanian seorang anak. Masih muda berusia 16 tahun. Seorang anak, Mohd Amri Abu Bakar nekad menyelamatkan ibu dan bapa tiri nya yang sedang terbakar dalam sebuah bilik.


Memang berani kan? Korang baca sendiri ;
Seorang pelajar tingkatan empat bertindak berani apabila menyelamatkan ibu bapanya yang sedang terbakar dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Cenderawasih, Pekan, awal pagi tadi.
   
Dalam kejadian 2.30 pagi itu, ibu kandung dan bapa tiri Mohd Amri Abu Bakar, 16, melecur teruk di seluruh tubuh selepas bilik tidur mereka terbakar.
   
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan itu berkata beliau terhidu bau asap sebelum terdengar jeritan ibu bapanya.
   
"Ayah tiri saya, Abdul Karim Mohamad dan ibu saya, Saidah Talib kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya kepada Bernama di sini.
   
Abdul Karim, 39, yang bekerja sendiri dan isterinya, Saidah, 35, dihantar oleh jiran tetangga ke Hospital Pekan kira-kira 3.30 pagi tadi sebelum dipindahkan ke HTAA.

Keadaan mereka dilapor agak kritikal.
   
Menceritakan detik cemas itu, Mohd Amri berkata beliau melihat kepulan asap dari bilik tidur kedua ibu bapanya, sebelum bertindak menendang pintu bilik berkenaan.
   
"Selepas menendang, saya lihat ayah sedang terbakar dari paras pinggang ke bawah, manakala ibu terbakar seluruh badan," katanya.
   
Dia kemudiannya membawa kedua-dua adiknya, Nurazalina Abu Bakar, 11 dan Noraini Abu Bakar, 5, yang tidur di ruang tamu, keluar dari rumah berkenaan.
   
Mohd Amri kemudiannya berlari ke dapur dan mengambil air di dalam baldi sebelum bertindak menyimbah air berkenaan ke atas kedua-dua ibu bapanya.

Beliau kemudian mengheret kedua-dua orang tuanya keluar dari bilik yang sedang terbakar itu sebelum dibantu jiran tetangga.
   
Bilik yang terbakar itu berjaya dipadamkan. -SH-

Tahniah larh dik. Sebab bersikap berani. Bukan senang ye berhadapan dengan api yang sedang marak. Time neh asap mesti hitam legam. Nak tengok lagi, nak tahan panas lagi, mana nak selamatkan orang lagi. Apa pun syabas di ucapkan di atas keberanian anda. Semoga ibu dan bapa adik kembali pulih seperti sediakala. Banyak2 bersabar ya.