t>

Breaking News

Kenyataan Rasmi PDRM mengenai Uncle Seekers.


Polis Diraja Malaysia = PDRM telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi facebook rasmi milik mereka mengenai isu penangkapan uncle seekers baru-baru neh.  Menurut PDRM satu ujian air kencing telah dilakukan terhadap uncle seekers dan dia didapati positif dadah dan akan disiasat dibawah jabatan narkortik seiringan dengan siasatan lain yang akan dibuat oleh pihak polis.

Dalam isu neh kalau sungguh dia penagih, maka kena lah berhati2 juga nak main percaya dengan apa yang dia dedahkan dalam blog sebelum neh. Bukan apa, orang yang menagih neh bukan boleh main percaya jek 100%  apa yang depa tulis di blog. Takde kredibliti orang kata.. walaupun apa yang dia tulis mungkin benar tapi macam mana ek nak yakinkan orang bahawa dia berkredibliti kalau dah menghisap dadah?

Ada juga yang anggap neh ialah satu tuduhan bermotifkan politik. Bab dadah tue aku tak pasti. Tapi kalau sungguh fitnah of course uncle seekers akan defend balik diri dia dalam isu tersebut. Tapi kalau tiada penafian so memang terbuktilah dia menghisap dadah kan.

Tapi kalau bab dia ditahan sebab blog yang tue memang confirm satu tuduhan yang bermotifkan politik. Tidak dapat di sangkal lagi. Bahkan ditahan di bawah akta rahsia = OSA. Bukan di bawah akta keterangan, SKMM mahupun akta fitnah oke. Tapi akta OSA. Yakni telah mendedahkan beberapa dokumen2 yang sepatutnya menjadi kerahsiaan pihak tertentu.

Ini juga sekaligus memberikan gambaran bahawa ;

1. Dokumen tersebut dipercayai = tulen.

2. Cerita mengenai dokumen tersebut kemungkinan besar = tulen.

Apa pun kita sama2 tunggu kesudahan lanjut mengenai uncle seekers dengan skandal sultan johor. Sapa betul dan sapa salah akan diketahui tak lama lagi.