PAS lancar 4 langkah untuk atasi kes buang bayi.
Empat langkah yang dimaksudkan oleh pas ialah ;
1. Beri peruntukkan kepada pasangan muda yang ingin kahwin.
2. Beri insentif sebagai galakan kahwin.
3. Kurangkan karenah biokrasi.
4. Kursus kahwin percuma.
Idea pertama aku tak faham. Kenapa nak beri peruntukkan ? Kenapa tidak nikahkan sahaja mereka? Or maybe nak tutup persepsi negatif umum? Jika idea neh boleh membantu apa salahnya. Tapi orang zaman sekarang dah pandai kira2 bulan. Tak caya? Tengok aje kes fasha sandha dan jejai. Alahaii.. kahwin salah tak kahwin lagi larh salah.. public public..
Tapi kalau bagi pasangan yang tidak terlibat dengan kes kandungan di luar pernikahan macam mana? Better sponsorkan pernikahan mereka daripada bagi peruntukkan. Idea aku larh kan. Permudahkan kerja kahwin. Jangan rumitkan macam orang zaman sekarang. Penat tengok. Nak kahwin sampai kena bergadai2.
Yang kedua pun aku tak faham. Insentif apa ek? Contohnya wang hadiah untuk pasangan yang baru berkahwin? Ada kebaikan juga disitu. Lepas berkahwin at least mereka ada lah sedikit wang untuk survive sebab keadaan mereka yang terdesak untuk menikah kan.
Tapi aku rasa kalau setakat wang untuk nikah, rata2 orang zaman sekarang memang mampu. Yang buat ia jadi rumit sebab wang hantaran jek, Bajet ribu2 akibat beban kenaikan harga barang. Tak pasal2 seme orang dapat susah. Haishhhh..
Idea no 3 paling best. Tapi aku tak faham dan tak nampak.. apa karenah biokrasi yang wujud dalam sistem negara kita dalam urusan kerja kahwin? Kenapa ek tok kadi kena dibayar setiap kali menguruskan pernikahan? Dorang tak dapat gaji dari kerajaan ka? Just wondering..
No 4 pun memang bagus. Elok free je kursus kahwin. Beria2 pula ko jual sijil untuk orang kahwin. Takde sijil neh tak boleh kahwin ka? Ceh. Sijil neh termasuk dalam rukun nikah ka? Tak kan. So eloklah batalkan terus penjualan sijil nikah neh.
Ini cuma salah satu cara yang diwujudkan untuk dapatkan wang jek. Bukan membantu pasangan yang ingin berkahwin pun. Kalau sungguh ia membantu kenapa masih berlaku perceraian bahkan makin menambah saban tahun? Jelas disitu kursus yang ditawarkan adalah tidak berbaloi untuk dipelajari. Mungkin ini juga lah karenah biokrasi yang dimaksudkan oleh pas.
So aku setuju hapuskan amalan neh dan gantikan ia dengan satu kursus yang lebih mendatangkan manfaat kepada kedua2 belah pasangan. Sudah sampai masa nya untuk kita ketengahkan idea pas ke peringkat atasan. Harap2 ada lah wakil rakyat dari pas bawa masuk usul dppp ke peringkat parlimen. Idea yang bagus harus lah di kongsikan dalam dewan parlimen kan. Haruslah. Bai.