Pasangan remaja dicekup berasmara depan rumah.
Sebenarnya bukan lah perkara luar biasa kes perzinaan yang melibatkan remaja dan muslim di malaysia neh. Dah terlalu banyak kes dan pendedahan yang disiarkan oleh akhbar tempatan. Tapi kes neh pelik sket sebab ia benar2 berlaku di luar rumah gadis tersebut.
Mak bapak kat dalam rumah, anak gadis kat luar rumah sedang berasmara. Yang lebih memalukan dicekup tanpa berpakaian dan percaya tak? Remaja lelaki tue baru berusia 19 tahun? Hahaha.. aku time neh masih tak kenal apa itu seks. Advanced nak mampos.
Sepasang kekasih yang asyik dengan tanpa segan silu berasmara dalam kenderaan di hadapan rumahnya di Jalan SS 5a/15, Kelana Jaya dicekup oleh anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) SS 5a dalam keadaan berbogel.
Perbuatan tidak bermoral yang dilakukan pada jam 12 malam itu disedari penduduk yang melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut.
Pada mulanya, mereka tersentak selepas melihat sebuah kenderaan pelbagai guna yang terletak di bahu jalan bergoyang. Ahli Jawatankuasa KRT Zuhri Othman berkata, hasil intipan dilakukan mendapati terdapat bayangan orang seperti sedang menari dalam kenderaan itu.
Mengesyaki terdapat aktiviti tidak bermoral berlaku, penduduk menghampiri kereta terbabit dan dapat melihat dengan jelas, lelaki dan wanita bertelanjang bulat sedang terbaring berpelukan.
“Bila kami ketuk cermin, kedua-duanya bingkas bangun dan hanya sempat menutup anggota sulit masing-masing dengan pakaian dan tangan,” katanya
Zuhri berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun yang dicekup berkenaan adalah penuntut sebuah kolej swasta Katanya, remaja itu mengaku baru pulang menonton wayang mahu menghantar teman wanitanya pulang.
Ketika kejadian, ibu bapa remaja perempuan itu sedang nyenyak tidur dan tidak langsung menyedari kelakuan sumbang anaknya di luar rumah.
“Mereka merayu meminta supaya tidak dikenakan tindakan tegas dan penduduk menasihati pasangan itu supaya tidak mengulangi perbuatan terbabit. “Rekod dan butiran diri mereka diambil sebelum dibenarkan pulang,” katanya.-SH-
Sebenarnya, bagi aku, sudah sampai masa nya kita menguatkuasakan undang2 mengenai perzinaan di malaysia. Bukan melalui denda semata2. Bahkan hukuman penjara dan sebatan. Ini perlu sebelum kita boleh menguatkuasakan hudud di malaysia. Kalau tidak sampai bila nak hadap dengan isu buang bayi? Sanggup ke korang?
Tak kena kat kita memang lah kita fikir isu neh remeh. Esok lusa kalau sedara mara kita or ahli keluarga kita sendiri yang berzina dan buang bayi.. masa tue tahu lah apa sebab perlunya kita keraskan lagi undang2 sedia ada.
Undang2 sekarang langsung tak menakutkan mereka. Lagi kita tinggikan bayaran denda, lagi mereka semakin galak berzina. So denda dan bawa kes ke mahkamah sebenarnya dah tak membantu apa2 lagi. Bahkan mereka tak rasa malu pun pernah ditangkap berzina. Mungkin penjara dan sebatan akan memberikan sedikit rasa takut. Siapa tahu.