t>

Breaking News

Promosi arak sempena ketibaan Ramadhan.


Tah lah.

Pelik sangat rasanya bila melihat iklan seperti neh. Oke, ramadhan tue bulan bagi umat islam menyambut dan meraikan salah satu rukun yang terdapat dalam lima rukun islam. Dan dalam islam, sebagai orang islam kita telah dilarang dan diharamkan daripada meminum arak. Terdapat perintah dan larangan yang jelas dari Allah swt menerusi Alquran bahawa arak itu diharamkan bagi penganut islam berserta dalil dan sebab2nya.

Yang tue takmo larh aku ulas kat sini. Cuma soal sensitiviti jek aku nak ulas. Aku faham sangat pasaraya tue nak buat offer bagai. Tapi tak manis lah letak nama ramadhan sale tue. Apa kata dia ubah sket nama sale dia kepada julai sale ? 

Memang lah ramadhan tue nama bulan dalam bulan islam dan sesiapa pun berhak nak menggunakan nama bulan tersebut tetapi kenapa ek nak buat ramadhan sale kat tin arak tue?

Kemon, menjaga sensitiviti umat islam tak salah. Bukan kita larang non-muslim minum arak pun. Just, be sensitif dan peka sket dengan keadaan sekeliling.. lagipun kalau nak di ikutkan 22/6 - 8/7 = bukan bulan ramadhan pun. So tak perlu kot gunakan nama ramadhan kat situ. Ermmm... tah hapa2 larh kan.. 

Updated ;


Rupanya the store pj yang buat promotion tersebut. Ermm tak fikir panjang ke apa? Atau sengaja nak perli umat islam? Apa kata anda?