Respon 23 bloggers malaysia mengenai logo kemerdekaan 2012
Banyak juga bloggers yang menulis dan mengondem logo kebangsaan tahun neh ek. Sebenarnya logo hari kebangsaan tahun neh dikecam bukan sebab buruk tetapi sebab ;
- versi copypaste
- dipolitikkan
- tiada kesungguhan nak menonjolkan kreativiti
Kita tak masuk lagi bab wang oke. Kita pun tak pasti samada ia dibayar kepada syarikat tertentu untuk me-reka logo tersebut ataupun hanya kakitangan kerajaan jek yang me-reka2 logo tersebut.
Apa pun kat bawah neh pandangan yang dipetik dari 20 blog. Ada macam2 pandangan. Dan korang nilaikan sendiri kenapa logo hari kemerdekaan tahun neh dikritik dengan teruk.
1. "Kalau aku lah dihidangan dengan rekaan seperti ini oleh pereka grafik aku, dah lama aku koyak-koyak… tak kreatif langsung… memalukan kaum-kaum pereka je… jadi kepada pereka serta tukang lulus rekaan logo, takkan tak faham-faham bahasa lagi… bawa-bawa lah tukar, sempat lagi rasanya kalau nak tukar… jangan malukan diri lebih-lebih lagi negara…" - http://www.mr-merlot.com/
2. "Apa kemenda kalu ni dipanggil logo? Naz yang xreti design pun bole buat kalau camni, Copy paste dalam word je kot. Muahaha.. Yang pasti, para designer logo sume cam rasa dimalukan dengan design logo cmni. Adehh, bila hari kemerdekaan dipolitikkan...gini la hasilnya. Janji ditepati? Tu lagi lawak okey!!" - http://yslgalz213.blogspot.com/
3. "Yang terbaru berkaitan dengan Logo Kemerdekaan 2012. Yang aku rasa sangat-sangat bermotifkan politik. Sampaikan Logo Merdeka 2012 pun boleh dikatakan amatlah bermotifkan politik. Tambahan pula, logo macam terlalu simple. Sampaikan bila aku tengok penjelasan logo tersebut macam tak melambangkan kematangan kita yang dah pun merdeka selama 55 tahun." - http://aizatshafiq.blogspot.com/
4. "Apa kejadahnya logo macam ni dipilih jadi logo Hari Kemerdekaan negara ke-55 tahun? Semak dan sarat dengan elemen-elemen yang tak perlu pun. Slogan Janji Ditepati tu memang dah takde masalah pada aku, Tapi logo tahun ni, geleng kepala aku menengoknya. Tapi memang aku perasan sangat pun, tema Hari Kebangsaan sejak akhir-akhir ini memang dikaitkan dengan politik pun, jauh beza berbanding sebelum ini." - http://sembangbincang.blogspot.com /
5. "BUWEKKK!!...dan aku rasa ramai sebenarnya penggiat industri kreatif tak terkejut logo sebegitu diapproved. Ramai yang tak tau kot unofficial code of conduct nak design untuk Jabatan Kerajaan.." - http://cursingmalay.blogspot.com/
6. "Tahu tak perasaan mereka yang bekerja sebagai 'graphic designer' ataupun pereka design lepas mereka tengok logo ni? Cukup saya ambil dua contoh, Imran owner Sifoo.com dan Kukubesi Manipulasi, kedua-dua mereka cukup kecewa dengan design sambil lewa ni. Kesimpulannya logo tahun ni cukup mengecewakan." - http://diari-arif.blogspot.com/
7. "Logo kemerdekaan dari 2009 mula dipolitikkan...Bukan ke komputer designer kerajaan beriban2. Software canggih2. Tahap nie jer ke graphic designer kerajaan. Alahai. Memalukan betul graphic designer kat luar sana. Aku sendiri pown malu. Alahai. Malaysia oh tanah airku. Kuang3." - http://www.fizgraphic.com/
8. "Apa dah jadi dengan seni? dalam 55 tahun merdeka maka ini adalah.. secara rasmi, saya katakan.. logo paling tak cantik. 27,000,000 (27 juta) orang ada dalam malaysia, ada berapa ribu graduan lepasan grafik takkan seorang pun tak mampu buat satu logo yang mudah, cantik dan berseni? jangan buat malu negara. terpikir macam mana nak buat formasi budak2 atas padang dengan logo macam ni. kerja gila." - http://lomotech.com/
9. "Sememangnya logo tersebut banyak bantahan serta kritikan terutamanya dari para designer Malaysia. Ia seolah di reka oleh budak higusan dengan menggunakan perisian Micrsoft. Disini adalah menjadi tangunggjawab saya untuk pihak berwajib sedar akan kesilapan yang mereka lakukan. Walaupun sesetengah pihak mengatakan ia hanya logo, tetapi bagi kami logo ini menjatuhkan martabat semua graphic designer di Malaysia dan mencerminkan kepada dunia yang Malaysia tidak mempunyai designer yang berbakat." - http://bighandesign.blogspot.com/
10. "Kajian menunjukkan 97% responden menilai logo Hari Kemerdekaan ke 55 ini adalah HODOH dan tidak merupakan sebuah logo melainkan himpunan keserabutan yang jelas tercampur aduk menjadi sesuatu yang memperlihatkan ada yang tidak kena pada negara ini. Tidak salah memasukkan logo 1 Malaysia dan angka 55 hatta jika ingin memasukkan temanya sekali tetapi mestilah DALAM BENTUK LOGO! BUKAN DALAM HIMPUNAN CACA MARBA SEPERTI INI, KEMUDIAN DISEBUT LOGO. INI AMAT MEMALUKAN NEGARA!" - http://ipohmalay.blogspot.com/
11. "Penjelasan mengenai logo ini juga, ianya seperti kerja mudah. Main tampal-tampal saja, kemudian buat huraian tentang logo ibarat karangan budak darjah 6. Apalah nak jadi? Lagi satu, saya percaya, ramai lagi disigner boleh buat yg lebih baik dar logo yg sedia ada tu.. Kalau boleh, usah la mempolitikkan kemerdekaan..Cukup2 lah tu.." - http://dhanian.blogspot.com/
12. "Ini bukan logo...tapi....tak macam logo, abis nak cakap ini apa yerk. Mungkin boleh dikatakan sebagai Logo Penerangan Kemerdekaan kot...Logo-logo kemerdekaan dahulu simple dan mudah sahaja tanpa perlu besar-besar.....tak paham aku...macam logo budak sekolah rendah jer yang buat. Tak menunjukkan kematangan langsung. Sudah 55 tahun...lah..." - http://malaysiascore.blogspot.com/
13. "Saya bukan ahli politik atau ahli kepada mana-mana pertubuhan politik di negara ini. Tapi yang saya tidak faham, kenapakah logo Merdeka untuk tahun ini terang-terangan bermotifkan politik. Adakah kerana pilihanraya semakin dekat? Sewajarnya, motto "Janji ditepati" itu tidak digunakan di dalam logo Hari Kebangsaan. Motto hari kebangsaan sepatutnya melambangkan hala tuju negara pada tahun tersebut. Selain itu, logo hari kemerdekaan pada kali ini juga adalah yang paling buruk didalam sejarah logo Merdeka. Kelihatan logo untuk tahun ini seperti di "copy-paste" saja." -http://www.malaysiancoin.com/
14. "Adakah anda setuju sekiranya benarlah logo ini yang akan diguna pakai sebagai logo sambutan kemerdekaan kite yang ke-55?? secara jujurnya sy merasakan bahawa ini adalah thedak patut. huk huk. dah takde ke pereka yang berkaliber kat Malaysia ni?? hello.. sila la buka mata. sila lihat angka itu. kita sudah 55 tahun merdeka. adakah logo itu cukup menggambarkan tahap kemerdekaan kita?" - http://kelipkelipchumel.blogspot.c om/
15. "Kenapa kerajaan perlu bazirkan dengan mencipta satu logo yang boleh dianggap terburuk dalam sejarah dan menjadi perdebatan??Come on la. Malaysia dah 55 tahun Merdeka. Bukan berniat untuk kutuk negara sendiri, tetapi sepatutnya kerajaan memerintah ambil berat hal hal sebegini. Jika mereka terus lakukan kesilapan kesilapan bodoh seperti ini, jangan terkejut jika pemerintahan Malaysia bakal beralih arah pada PRU 13 nanti. " - http://hazrilhafiz.blogspot.com/
16. "Pendapat peribadi aku,slogan atau tema kemerdekaan tahun ini adalah yang paling 'buruk' dalam sejarah negara. Aku tak nampak semangat patriotik di dalam slogan tersebut,sejujurnya ia lebih kepada berkempen bagi pihak kerajaan Barisan Nasional...Slogan ‘1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ masih boleh diterima sebagai slogan patriotik, tetapi slogan pada tahun ini lansung tidak ada semangat patriotik apatah lagi ditambah dengan isu logo ‘Microsoft Word’." -http://cerahjeff.blogspot.com/
17. "Rasanya tema tu tak ada kaitan langsung dengan hari Merdeka. Sedih pun ada juga bila tengok ada logo tu, ramai yang katakan ianya seperti di reka oleh murid sekolah rendah atau bukan seorang pakar yang dibayar dengan harga yang tinggi. Tak faham bagaimana ia dapat kelulusan untuk dijadikan logo rasmi. Mungkin mereka ada penjelasan dan penekanan sendiri dan itu yang rakyat semua nak tahu sekarang." - http://shahrulsite.net/
18. "UGLY MALAYSIA honestly wonders if AH JIB KOR is listening to our pleas for a better Merdeka logo. Stick to the phallic 1Malaysia symbol if you need to. This is an insult to Malaysian Design and its legacy, a disrespect towards the other designs in the Merdeka logo archives. 55th logo will stick out like a sore middle finger if placed together with all the rest. " - http://uglymalaysiana.blogspot.com /
19. "Makkkk oiiiiii..betul ke ini logo kemerdekaan negara kita tahun nih
kelakauuuunyeee.......macam main aci redah je tampal gambar macam logo parti politik pun ada..ramai yang tak puas hati lagi2 mereka yang bergelar grafik designer tu.... bedebuk jatuh jantung mereka lihat logo kemerdekaan macam nih..paling best ada yang kata harap-harap ini adalah logo terakhir BN sebelum berkubur iskkkk.....sadis lak aku dengar kikikiki" - http:// aiyangdisayang.blogspot.com /
20. "Bebaru ini timbul satu kontroversi hangat di ruangan facebook di mana logo Hari Kemerdekaan Ke-55 yang dilancarkan oleh kerajaan sangat tidak mencapai tahap profesional. Sehingga dikatakan menjatuhkan maruah designer di Malaysia...Saya juga tidak ketinggalan. Geram! Kerana sambutan ini adalah sambutan peringkat nasional bukan peringkat sekolah rendah." - http://imranabduljabar.com/
21. "sebenarnya banyak menimbulkan isu Logo Kemerdekaan 2012 apabila ia dikatakan dikaitkan dengan politik bagi admin,admin tak nak ipokrit dan ya,memang admin nampak logo ini ada unsur politik,dan tak perlu lah mempergunakan kemerdekaan untuk tujuan politik dan biar nampak terdesak,kalau nak menang guna cara biasa da la." - http://www.berliku.com/
22. "What a waste, speechless, no idea...Tiap tiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos. Maka datangnya Hari Kemerdekaan ini akan datang bersama logo dan mottonya. Motto hari kemerdekaan tahun ini adalah "Janji Ditepati". Lebih malang lagi ciptaan logo hari kemerdekaan 2012 kali ini sungguh kreatif dan penuh kesenian. Aku tak pasti logo ini dah officially launch untuk hari kemerdekaan atau hanya troll untuk rakyat Malaysia semata-mata." - http://nazrulakram.blogspot.com/
23. "disini penulis dengan rendah diri menyatakan yang Logo Kemerdekaan 2012 boleh dikategorikan sebagai Logo Sampah yang mana penulis boleh ciptanya ketika penulis berusia 4 tahun kerana penulis sudah pun pandai menggunakan ' Paint '...Transformasi perlu dilaksanakan sekarang, jangan malukan negara dengan Logo dan Tema yang begitu sampah sekali dimata dunia. Kononnya negara ingin mencapai negara Maju dalam masa 8 tahun lagi, tapi Logo pun tak boleh buat betul-betul jangan haraplah." - http://seafailed.blogspot.com/