t>

Breaking News

Duit baru Malaysia mencair.

Lakukan kajian sendiri. 

Ya itulah yang aku sarankan. Lakukan kajian sendiri untuk mengesahkan testimoni yang sedang tersebar di internet. Lakukan dengan wang rm1 untuk membuktikan kebenaran kata2 individu kat bawah neh ;


Sumber gambar : sini.

Duit lama malaysia memang tak mencair. Banyak kali dah aku tertinggal duit dalam kereta dan takde mana2 duit tersebut mencair. Sebenarnya takde sebab untuk kita saja suka2 biarkan duit kita terkena pancaran matahari yang panas.

Tapi kadang2 kita terlupa dan sebagainya. Jadi perkara2 macam neh tak boleh nak cakap apa. Even kalau ko letak duit ko dalam dompet dan dompet tue kepanasan pun silap2 kalau sungguh rm1 or duit baru malaysia boleh mencair, dia tetap mencair walaupun tak kena sinaran matahari secara direct.

Bila mencair = rosak lah duit kita. Tak pasal2 kan dah rugi.

Bagi aku penting untuk kerajaan kita menghasilkan duit yang berkualiti. Salah satu sebabnya ialah tahan lama + tahan lasak = memberikan satu kepuasan buat rakyat malaysia. At least kita boleh berbangga dengan duit kita yang berkualiti tinggi.

Bercakap mengenai duit rm5. Aku dah terkena banyak kali. Pernah sekali tue aku tergelincir melipat duit pun dia terkoyak kat tepi.. haram jadah betull... nak guna kat kedai rasa segan plak. Tak pasal2 aku muziumkan duit tersebut.

Perbandingan secara kasar, antara duit rm5 lama dengan duit rm5 baru, aku dapati duit rm5 baru lebih teguh. Hari tue duit baru aku ada masuk washing machine dan dia tak luntur or hancur pun macam gambar yang pernah tersebar di facebook. Well, aku cakap apa yang aku alami. Bukan berdiri atas pengalaman orang lain.

So aku juga sarankan korang uji duit masing2 dalam sinaran matahari. Betul ke duit kita akan mencair. Then selepas melakukan testimoni tersebut boleh larh share resultnya kat sini. Hari neh aku tak boleh buat. Sebab? Cuaca tak panas beb. Maybe esok lusa aku share testimoni aku kat korang. Bai.