t>

Breaking News

Inilah gambar-gambar palsu pembunuhan umat islam Rohingya.

Sabotaj? 

Adakah penindasan umat islam di myammar tidak wujud? 

Mula2 perhatikan dulu setiap gambar2 kat bawah neh ;
 


























Sebenarnya kesemua gambar2 neh wujud tetapi bukan berkaitan dengan isu penghapusan etnik rohingya yang sedang berlaku di myammar. Untuk lebih perincian mengenai gambar2 di atas boleh rujuk kat sini .

Pada mula nya aku juga terlibat dalam penyebaran gambar2 di atas. Hanya 2 gambar jek yang aku sebarkan sebelum aku sedar bahawa itu bukan lah gambar yang terjadi di myammar dan aku delete semula. Apakah punca mereka menyebarkan gambar2 palsu dan kenapa mereka sebarkan?

Sejujurnya aku percaya mereka2 yang sebarkan dan share gambar2 neh kat facebook tidak berniat jahat. Sekadar nak share apa yang berlaku di myammar kerana pada sangkaan mereka gambar2 tersebut mewakili apa yang terjadi di myammar.

Tetapi nampaknya mereka juga turut dipermainkan oleh individu sebenar yang berperanan melakukan penipuan sehingga menyebabkan ramai rakan2 kita tertipu. Persoalan nya kenapa?

Pendapat aku.

Satu sabotaj untuk mengagalkan rancangan dan usaha pihak2 tertentu yang mahu menyelamatkan umat islam rohingya. 

Kaedah.

Menyebarkan gambar2 palsu dan bila orang sedar gambar2 tue palsu maka mereka automatik akan fikir apa yang berlaku di rohingya tue sebenarnya adalah palsu dan tiada apa2 pun yang terjadi kat umat islam di sana. Mereka sebenarnya baik2 je.

Hakikat.

Sebenarnya penghapusan etnik di myammar memang berlaku. Tetapi gambar2 yang tersebar tue tidak mewakili apa yang sedang berlaku terhadap umat islam rohingya. Pertelingkahan antara buddha dan islam memang wujud kat sana. Dan mereka memang memerlukan sokongan dan bantuan dari kita. 

Cara

Jangan sebarkan gambar2 palsu dan sebelum share apa2 info mengenai rohingya, check dulu maklumat2 tersebut. Jangan main sebar. Kerana dibimbangi anda menjadi mangsa untuk menyebarkan penipuan. Disamping itu seringkali lah mengikuti apa yang sedang berlaku di sana dari mereka yang benar2 berjuang mengenai isu tersebut. Insya-Allah kita takan menjadi mangsa manipulasi sesetengah mereka yang sedang berusaha mengagalkan matlamat kita untuk membantu umat islam rohingya. Oke bai.