Isu Rais Yatim - Blogger dipenjara 3 bulan.
Rasanya ramai kot yang dah tahu kes rais yatim saman blogger sharpshotter mengenai isu rogol amah tue. Isu tue sebenarnya dibawa dan dijaja oleh bloggers bn sebelum bloggers pr memanjangkan isu tersebut di blog masing2.
Sekarang neh bukan nak citer isu tersebut sebaliknya nak citer yang blogger tersebut telah pun dipenjarakan selama 3 bulan sebab didapati telah menerbitkan artikel berkaitan rais yatim. Aku tak pasti samada artikel berkenaan berkaitan amah atau apa cuma yang aku tahu blogger tersebut dipenjarakan sebab mahkamah mendapati blogger tersebut melanggar arahan dan menerbitkan beberapa artikel yang mereka anggap sebagai fitnah kepada rais yatim.
Baca bawah neh ;
Blogger, Amizudin Ahmat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata, Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Rais dalam laman blognya.“Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini,” katanya.Beliau berkata, jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.“Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak,” katanya.Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: “Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham”. -MNH-
Kena penjara 3 bulan tue. Aku fikir ini yang paling seriyus blogger pembangkang kena hukum. Selama neh pun yang lain2 just kena saman.. harap2 keluarga blogger tersebut tabah dan sabar menghadapi dugaan neh dan harap2 blogger tersebut buat lah rayuan..
Harap2 isu neh boleh selesai cara baik. Tue jek bai.